Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Temuduga Terbuka di Lembaga Getah Malaysia (LGM) - 6 & 7 Disember 2022

Post a Comment
Temuduga Terbuka 2022 di Lembaga Getah Malaysia (LGM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Getah Malaysia (LGM)


Jawatan:

1. KONTRAK TOREHAN 

Taraf Jawatan
Contract For Service (CFS)

Jadual gaji
MIN : RM1,793.00

Lokasi Penempatan:
Stesen Penyelidikan
RRIM Similajau,
Bintulu, Sarawak


Kemudahan Yang Disediakan:

1. Kelayakan Cuti Rehat Tahunan sebanyak 20 hari;
2. Kemudahan Cuti Sakit 10 hari yang disertakan bersama Sijil Cuti Sakit daripada pegawai perubatan berdaftar; dan
3. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO);


Syarat Lantikan:

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun atau tidak melebihi 50 tahun pada tarikh tutup permohonan;
3. Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan
4. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.


Syarat Lantikan

1. Mempunyai kemahiran menoreh pokok getah dengan baik;
2. Berkeupayaan mengangkat hasil torehan sekurang-kurangnya 500 pokok sehari; dan
3. Boleh menoreh seawal jam 6:00 pagi sehingga 1:45 petang.


Deskripsi Tugas:

1. Menjalankan kerja-kerja penorehan pokok getah, penyelenggaran tanaman termasuk cantasan
dahan, kawalan rumpai dan pembajaan secara berjadual; dan
2. Melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Maklumat Temuduga Terbuka:


1. Tuan/Puan yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan boleh hadirkan diri pada 6 atau 7 Disember 2022 jam 9.00 pagi di alamat berikut:

Stesen Penyelidikan RRIM Similajau
Lembaga Getah Malaysia
Lot 11, Blok 1 Lavang Land District,
KM 68, Jalan Bintulu-Miri,
Peti Surat 3127, 97013, Bintulu,
Sarawak, Malaysia.

2. Sila bawa bersama Salinan Sijil, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Kelahiran
yang telah disahkan dan sekeping gambar terkini berukuran pasport.

3. Maklumat lanjut jawatan boleh didapati melalui laman web rasmi Lembaga Getah Malaysia (https://www.lgm.gov.my).on hendaklah memastikan semua maklumat di dalam borang permohonan adalah tepat dan terkini.


Catatan Am:

1. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Pembangunan Sumber Manusia / Seksyen Perjawatan) Lembaga Getah Malaysia di talian 03-9206 2000:

i. Cik Nur Hafizah binti Mohd Arifin (Ext : 2205)
ii. Encik Haszrul Naim bin Abdul Halim (Ext : 2204)



Temuduga Terbuka 2022 di Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Latar Belakang LGM

Lembaga Getah Malaysia merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap industri getah di negara ini. LGM ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil gabungan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) dan Lembaga Pasaran Getah Malaysia (MRELB) untuk meneruskan usaha memajukan serta membangunkan industri getah seperti yang dilakukan selama 78 tahun yang lalu. Kemajuan R&D dalam getah asli (NR) yang telah dicapai oleh RRIM juga telah meninggalkan impak terhadap industri NR Malaysia dan negara-negara pemprosesan NR yang lain.

Objektif utama LGM ialah untuk membantu pembangunan dan pemodenan industri getah Malaysia dalam semua aspek daripada penanaman pokok getah, pengeluaran dan pemprosesan getah mentah, pembuatan barangan getah dan pemasaran getah dan produk getah.

Post a Comment