Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Zakat Negeri Kedah - 31 Disember 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Zakat Negeri Kedah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Lembaga Zakat Negeri Kedah


Jawatan:

1. EKSEKUTIF (TEKNOLOGI MAKLUMAT)
Kekosongan : 6
Minimum : RM 1,400.00
Maksimum : RM 5,000.00
Elaun : RM 990.00


Syarat Lantikan:

- Diploma dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

- Mendapat Kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Disember 2022 (Sabtu)


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan BORANG yang boleh didapati dalam LAMAN WEB https://www.zakatkedah.com.my

Semua maklumat yang diberi di dalam borang permohonan hendaklah benar. Jika terdapat sebarang penipuan di dalam maklumat yang diberikan, permohonan akan dibatalkan serta merta dan nama pemohon akan disenarai hitamkan.

Semua permohonan hendaklah disertakan salinan dokumen-dokumen berikut bersama-sama permohonan :

a) Sekeping gambar terbaru berukuran passport
b) Kad pengenalan
c) Sijil pendaftaran kelahiran / Sijil lahir
d) Sijil berhenti sekolah
e) Sijil akademik (SPM/DIPLOMA/IJAZAH)

Borang permohonan yang diisi lengkap bersama-sama dengan salinan sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan hendaklah:

a) Dikemukakan dengan menggunakan sampul surat dan dilekatkan dengan setem yang mencukupi (sekiranya dipos);

b) Dipenjuru atas sebelah kiri sampul berkenaan hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR yang jelas NAMA JAWATAN YANG DIPOHON

Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum atau pada tarikh tutup permohonan:-

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
MENARA ZAKAT
JALAN TELOK WANJAH
05200 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN
(u/p: Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia)


Asas Tapisan:

Bergantung kepada jumlah permohonan yang layak mengikut syarat dalam iklan berbanding dengan kekosongan jawatan, pentadbiran ini akan menetapkan asas tapisan seperti peperiksaan kemasukan ke dalam Skim Perkhidmatan Saraan Zakat dan lain-lain penilaian untuk menentukan jumlah calon yang sesuai dipanggil temuduga.


Permohonan Yang Ditolak:

Permohonan yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan dalam iklan ini;
Permohonan yang tidak lengkap atau tidak menyertakan dokumen-dokumen yang berkaitan atau tidak jelas;
Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan.


Pemberitahuan Mengenai Calon Yang Tidak Berjaya:
Calon hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA jika tidak menerima sebarang makluman selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan


*Sila rujuk syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah




Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Zakat Negeri Kedah

Sejarah

1935

Tarikh penubuhan Zakat Kedah berdasarkan tarikh Notis Memberi Nasihat Ketentuan Yang Bersangkutan dengan perkara zakat adalah pada 19 Jamadil Akhir 1355 bersamaan dengan 5 September 1936.

Notis tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Syeikhul Islam melalui Majmaul Syeikhul Islam yang dianggotai oleh Haji Ismail B Hj Mohd Saleh, Haji Yaakob Bin Hj Ahmad dan Haji Abdul Ghani B Hj Awang.

Majmaul Syeikhul Islam ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1936 bagi menggantikan jawatan Syeikhul Islam yang bermula daripada tahun 1901.

Hebahan berkaitan dengan hal ehwal zakat adalah antara perkara utama yang diberi tumpuan oleh Majmaul Syeikhul Islam (sebahagian rujukan menyebut Majma’ Masyikhatil Islam) adalah perkara berkaitan dengan pengurusan zakat.

Perhimpunan Riyal Zakat dan Sedekah Orang-orang Islam di Negeri Kedah juga mencatatkan tahun 1355 H bersamaan 1936 M sebagai tarikh mula sebaran zakat secara rasmi dibuat kepada rakyat Negeri Kedah.

Dipercayai terdapat tarikh yang lebih awal, tetapi catatan rasmi berkaitan penubuhan sebuah komiti melalui undang-undang pentadbiran adalah bertarikh 1355H bersamaan 1936M.

Post a Comment