Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) - 31 Disember 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)


Jawatan:

1. PENOLONG PENGARAH GRED 41

2. PENOLONG PEGAWAI GRED 29

3. PEMBANTU TADBIR GRED 19

4. PEMANDU GRED 11


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Disember 2022 (Sabtu)


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan








Jawatan Kosong 2022 di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

Latar Belakang

Sehingga 1947 tiada peruntukan khusus mengenai penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan cuma ada Peruntukan Undang-Undang Islam dan Adat Istiadat Melayu(The Muslim Law and Malay Custom(Determination) Enactment.F.M.S. Cap 196) yang digunakan di Negeri -Negeri Melayu Bersekutu bagi urusan berkaitan agama dan adat istiadat Melayu termasuk Negeri Sembilan. Manakala bagi kesalahan syarak telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan beberapa kesalahan dan peraturan berkaitan dalam Perentah dalam Mesyuarat No.1 tahun 1983 (kesalahan-kesalahan syara') (N.S.P/M No.1 Tahun 1938).

Usaha penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan bermula sejak tahun 1947 apabila pihak British memperkenalkan sistem pentadbiran moden dan mula mengambil tindakan melantik pentadbir dari golongan orang Melayu dalam usaha ke arah persediaan untuk kemerdekaan.

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1948 adalah merupakan peruntukan yang paling awal berkaitan pentadbiran Kerajaan Negeri yang telah diperkenalkan. Pihak pentadbiran Negeri yang diketuai oleh Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama iaitu YAB. Dato'Hj.Abdul Malek b.Yusuf (1948-1950) pada ketika itu telah mewujudkan jawatan Mufti dan Tuan Sheikh Hj.Ahmad b Sheikh Hj.Mohd Said b Hj.Jamaludin Al Linggi telah dilantik menjadi Sahibul Fadilah Mufti Negeri Sembilan yang pertama pada tahun 1949 setelah mendapat perkenan DYMM Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad(Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-9).

Post a Comment