Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kerian - 12 Disember 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Daerah Kerian | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Kerian


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29

Jadual Gaji : Min : RM 1,797.00 - Mak : RM 5,753.00



Syarat Lantikan:

Diploma dalam bidang kesihatan persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).


Syarat Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

1. Memantau kerja-kerja kutipan sisa pepejal dan kerja-kerja pembersihan awam

2. Memantau dan memeriksa tahap kebersihan dan keindahan sekitar kawasan Majlis Daerah Kerian

3. Menguatkuasakan undang-undang, peraturan dan undang-undang kecil di bawah akta dan enakmen yang berkaitan dengan kesihatan umum.

4. Menyiasat dan menyediakan laporan ke atas semua kes penyakit berjangkit.

5. Memeriksa dan mengawas bahan-bahan makanan di premis-premis makanan seperti restoran, kilang, rumah sembelih dan pasar.

6. Melaksanakan operasi penguat kuasaan pembersihan awam / sampah haram / sisa pepejal domestik.

7. Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan umum seperti ceramah kepada institusi kerajaan dan swasta serta badan-badan sukarela.


Cara memohon:

1. Syarat lantikan dan cara memohon boleh dirujuk dari laman web Majlis Daerah Kerian iaitu : www.mdkerian.gov.my atau https://digital.perak.my/perjawatan/

2. Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman sesawang https://digital.perak.my/perjawatan/


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 12 Disember 2022 (Isnin)


Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Kerian

Latar Belakang

MDK telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 September 1979. Pengisytiharan MDK telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Idris Al Mutawakkil Alallahi Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah pada 5 September 1979. Sebelum penubuhan Majlis Daerah Kerian (MDK), satu pentadbiran di peringkat kerajaan tempatan telah ditubuhkan bagi memainkan fungsi dan peranannya mentadbir dan mengurus pentadbiran di peringkat daerah yang dikenali sebagai Lembaga Bandaran Kerian pada 1 Julai 1975.

Post a Comment