Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Temuduga Terbuka Polis Bantuan Konstabel Bank Negara Malaysia (BNM) - 14 Jan 2023 & 11 Feb 2023

Temuduga Terbuka Polis Bantuan Konstabel Bank Negara Malaysia (BNM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Bank Negara Malaysia (BNM)


Positions:

1. POLIS BANTUAN KONSTABEL


Lokasi, Tarikh & Masa Temuduga:

1. Tempat : Lanai Kijang BNM, Kuala Lumpur
Tarikh : 14 Januari 2023
Masa : 8:00 pagi - 1:00 petang

2. Tempat : Pejabat BNM Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh : 11 Februari 2023
Masa : 8:00 pagi - 1:00 petang

3. Tempat : Pejabat BNM Kuching, Sarawak
Tarikh : 11 Februari 2023
Masa : 8:00 pagi - 1:00 petang


Syarat-syarat Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 28 tahun daripada tarikh temuduga dijalankan
  • Mempunyai tubuh badan dan mental yang sihat serta mampu melakukan tugas-tugas fizikal tanpa sebarang alat bantuan
  • Bebas rekod jenayah dan tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah
  • Berkebolehan untuk menulis dan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Sekiranya terpilih, calon akan tertakluk kepada pertukaran antara cawangan di seluruh Malaysia berdasarkan keperluan Jabatan dari semasa ke semasa.
  • Penempatan dan pelantikan adalah berdasarkan kekosongan dan keperluan Bank
  • Calon yang mempunyai Sijil Tamat Latihan Asas Polis Bantuan adalah digalakkan untuk memohon
  • Mana-mana polis bantuan daripada lain-lain agensi yang ingin memohon jawatan Konstable perlu mendapatkan surat kelulusan daripada agensi masing-masing
  • Hanya calon yang lulus Ujian Kelayakan Fizikal sebelum terpilih untuk ditemuduga

Kelayakan Akademik:
  • Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris 

Kelayakan Fizikal:
  • Calon mestilah mempunyai ukuran badan dan ciri fizikal seperti yang berikut:

i) Bagi Calon Lelaki

Ketinggian Minimum (tanpa menggunakan kasut) = 165cm
Berat Badan Minumum = 50kg
Ukuran Dada = Sekurang-kurangnya 81 cm (biasa) dan 86 cm (semasa menarik nafas)
Indeks Jisim Badan (Body Mass Index - BMI) = Di antara 19 hingga 26
Penglihatan = Lulus ujian bagi mata kiri dan kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak rabun warna

ii) Bagi Calon Wanita

Ketinggian Minimum (tanpa menggunakan kasut) = 160cm
Berat Badan Minumum = 48kg
Indeks Jisim Badan (Body Mass Index - BMI) = Di antara 19 hingga 26
Penglihatan = Lulus ujian bagi mata kiri dan kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak rabun warna


Faedah Dan Kemudahan*
  • Pakej gaji dan manfaat elaun yang kompetitif
  • Pakaian seragam tugas disediakan 
  • Peluang untuk menghadiri pelbagai kursus dan latihan
  • Kemudahan pinjaman perumahan dan kenderaan
  • Kemudahan rawatan perubatan termasuk tanggungan
  • Perlindungan Insurans Nyawa dan Kemalangan
  • Peluang untuk melanjutkan pelajaran dan memajukan kerjaya
  • Peluang untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan yang luas dengan peluang penempatan kerja di premis-premis Bank Negara di seluruh Malaysia
*Nota: Faedah dan kemudahan adalah tertakluk kepada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan tanpa sebarang pemberitahuan.


Etika Pemakaian Dan Dokumen:
  • Calon yang hadir bagi sesi temu duga diminta untuk memenuhi etika pemakaian dan membawa bersama dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan di bawah:

i) Etika Pemakaian

Pakaian formal untuk sesi temu duga

Pakaian sukan (kemeja T-berkolar, seluar panjang trek, kasut sukan dan stoking) untuk ujian kecergasan dan fizikal

ii) Dokumen-Dokumen Penting
  • Resume terkini
  • Sijil akademik dan transkrip (SPM/STPM/Diploma) – sila bawa dokumen asal dan satu salinan
  • Satu gambar terkini berukuran passport
  • Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) – sila bawa dokumen asal dan salinan (depan dan belakang)
  • Penyata gaji tiga bulan terkini, sekiranya ada
  • Kebenaran bertulis daripada majikan bagi anggota Polis Bantuan yang sedang berkhidmat
  • Hanya calon yang memenuhi kriteria yang dinyatakan di atas akan disenarai pendek untuk menjalani proses penilaian dan layak ke peringkat seterusnya.
Semua calon yang hadir diwajibkan untuk menjalankan ujian HTK dan memakai pelitup muka sebelum memasuki kawasan Bank Negara Malaysia.





Temuduga Terbuka Polis Bantuan Konstabel Bank Negara Malaysia (BNM)

Company Overview

Bank Negara Malaysia (the Central Bank of Malaysia), is a statutory body which started operations on 26 January 1959. Bank Negara Malaysia is governed by the Central Bank of Malaysia Act 2009. The role of Bank Negara Malaysia is to promote monetary and financial stability. This is aimed at providing a conducive environment for the sustainable growth of the Malaysian economy. Bank Negara Malaysia’s monetary policy stance is to maintain price stability while remaining supportive of growth. Bank Negara Malaysia is also responsible for financial system stability.