Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah - 26 Disember 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah


Jawatan Akademik:

1. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

Jadual Gaji:
Minimum : RM 1,205.00
Maksimum : RM 2,939.00


Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11 : RM1,205.00); atau

(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11 : RM1,205.00). dan

(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

(v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

(vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar


Cara membuat permohonan:

(a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UiTM yang boleh didapati dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani di https://kedah.uitm.edu.my/ atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

(b) Sila kemukakan permohonan kepada :

KETUA
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UiTM CAWANGAN KEDAH
KAMPUS SUNGAI PETANI
08400, MERBOK
KEDAH DARUL AMAN
NO. TEL: (04) 4562053 /2054 / 2056 / 2059


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 26 Disember 2022 (Isnin)





Jawatan Kosong 2021 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah

Sejarah

UiTM Kedah telah dirasmikan pada 1 Oktober 1997 oleh YB Tun Daim Zainuddin, Menteri Kewangan. Ia memulakan operasi pertama pada November 1997 dengan 162 pelajar dan 25 kakitangan pentadbiran. Selaras dengan matlamat dan aspirasi kerajaan untuk membangunkan kemahiran Bumiputra dalam pelbagai bidang, universiti berfungsi sebagai pemangkin dalam membangunkan ekonomi dan pendidikan penduduk tempatan khususnya di negeri Kedah dan utara. Penubuhan kampus ini adalah berdasarkan pelan utama yang menganggap keupayaan maksimum 7000 pelajar.

Lokasi kampus ini merentasi kawasan seluas 350 ekar di Mukim Bujang (antara Semeling dan Merbok), yang terletak kira-kira 14 kilometer dari Sungai Petani dan dibangunkan berdasarkan kelulusan Rancangan Belanjawan Malaysia ke-6 dengan jumlah RM38.4 juta

Post a Comment