Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan - 16 Disember 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan


Jawatan:

1. PROFESOR VK7
Min : RM 7,676.00- Mak : RM 20,592.00

2. PROFESOR MADYA DM53
Min : RM 6,162.00 - Mak : RM 13,235.00

3. PENSYARAH KANAN DM51
Min : RM 5,855.00 - Mak :  RM 12,445.00

4. PENSYARAH DM45
Min : 3,070.00 - Mak : RM 11,095.00


Bidang : Sains Dan Teknologi Makanan
Fakulti : Fakulti Sains Gunaan
Kampus : UiTM Kampus Kuala Pilah


Cara-cara Membuat Permohonan:

1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di pautan: https://pengambilancns.uitm.edu.my/

2. Sekiranya anda terpilih untuk ditemuduga, sila bawa bersama dokumen asal dan satu (1) salinan borang yang telah dicetak dan disahkan ke sesi temuduga. Sekiranya dokumen lengkap tidak dikemukakan, panggilan temuduga ini akan terbatal. Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan mengikut susunan berikut:

i. Borang Permohonan
ii. Kad Pengenalan
iii. Sijil Kelahiran
iv. Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
v. Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
vi. Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
vii. Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/penetapan gaji
viii. Salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/badan
 berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
ix. Dokumen berkaitan yang dipohon

3. Maklumat tambahan, bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:
i. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara

ii. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD)

4. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

5. Pemohon-pemohon yang tidak menerima maklumbalas selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 16 Disember 2022 (Jumaat) sebelum jam 5.00 Petang




Jawatan Kosong 2021 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan

Latar Belakang

Visi
Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

Falsafah
Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Post a Comment