Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Malaya (UM) - 21 Disember 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Universiti Malaya (UM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaya


Jawatan:

1. PROJECT OFFICER GRADE N41
Pejabat Dekan, Fakulti Perubatan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM 2,080.00
Gaji Maksimum : RM9,546.00


Skop Kerja:

1. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan permohonan geran-geran penyelidikan (Grant Application) (dalaman dan luaran (peringkat tempatan)) yang merangkumi:

(a) menyemak kertas cadangan permohonan penyelidikan untuk memastikan permohonan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan (technical vetting);

(b) mengendalikan proses penilaian kertas cadangan termasuk mengenal pasti, menjemput dan membuat tindakan susulan dengan panel penilai; dan

(c) menyelaras proses menyenarai pendek dan pemilihan akhir termasuk menyediakan ruang dan keperluan mesyuarat; bagi membolehkan Fakulti menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

2. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan permohonan geran-geran penyelidikan (Grant Application) (peringkat antrabangsa) yang merangkumi:

(a) mengenalpasti geran penyelidikan yang tersedia di peringkat antarabangsa mengikut kesesuaian bidang/skop di Fakulti Perubatan;

(b) membuat hebahan berkenaan geran penyelidikan antarabangsa secara berkala kepada warga Fakulti; dan

(c) menjadi sumber rujukan untuk proses permohonan geran antarabangsa seperti penyediaan proposal, agihan belanjawan dan lain-lain; bagi membolehkan Fakulti menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

3. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan kelulusan (Grant Approval) dan pengagihan geran penyelidikan:

(a) berhubung terus dengan pihak Pusat Pengurusan Geran Penyelidikan (PPGP) dan Jawatankuasa Tabung (yang berkaitan) berkenaan kelulusan geran dan pembukaan tabung di dalam sistem;

(b) menyediakan maklumat agihan belanjawan; dan

(c) berhubung terus dengan Penyelidik Utama (PI) untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan kelulusan geran dan pembukaan tabung; bagi membolehkan Fakulti menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

4. Menjadi sumber rujukan untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan geran penyelidikan (Grant execution) seperti pindaan agihan, pembelian peralatan, permohonan menghadiri persidangan dan lain-lain bagi membolehkan Fakulti menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

5. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan pemantauan geran penyelidikan (Grant Monitoring):

(a) merancang garis masa bagi setiap projek yang telah diluluskan untuk menghantar laporan kemajuan/laporan akhir;

(b) memastikan penyelidik menghantar laporan kemajuan dan laporan akhir pada masa yang ditetapkan;

(c) menyemak dan memastikan semua lampiran dokumen untuk laporan kemajuan dan laporan akhir penyelidikan adalah lengkap dan tepat;

(d) mengenal pasti panel penilai bagi setiap proses pemantauan geran penyelidikan;

(e) menyediakan ruang dan dokumen untuk mesyuarat penilaian kemajuan penyelidikan; dan

(f) menghantar semua laporan kemajuan/akhir yang telah disemak dan disahkan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan) ke Pusat Pengurusan Geran Penyelidikan (PPGP) untuk pengemaskinian status di dalam system; bagi membolehkan Fakulti menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

6. Membantu dalam hal-hal berkaitan dalam permohonan, pelaksanaan dan pemantauan geran antarabangsa bagi membolehkan Fakulti menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

7. Berhubung terus dengan pusat-pusat penyelidikan yang lain dalam pengurusan geran penyelidikan bagi membolehkan Fakulti menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

8. Merancang pelan strategik dan membangunkan sistem pengurusan geran penyelidikan bagi meningkatkan petunjuk prestasi utama (KPI) Fakulti dalam geran penyelidikan bagi membolehkan Fakulti menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

9. Membantu dalam hal- hal berkaitan pengurusan penyelidikan dari semasa ke semasa.


Syarat Kelayakan:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(d) Mempunyai kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(e) Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya Kepujian Gred B dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Tarikh akhir permohonan adalah pada : 21 Disember 2022 (Rabu)


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap di bawah sebelum membuat permohonan.




Jawatan Kosong 2021 di Universiti Malaya (UM)

Sejarah

Universiti Malaya ialah universiti yang pertama dan tertua ditubuhkan di Malaysia.[6] Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar. Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (Singapura) (ditubuhkan pada 1929).

Post a Comment