Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar - 25 Disember 2022 [70 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH

1. PEGAWAI VETERINAR GRED GV41 - 70 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,697.00
Gaji Maksimum : RM9,551.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00


Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau ijazah dalam ilmu perubatan veterinar atau sains veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan Berdaftar di bawah Seksyen 12(1) Akta Doktor Veterinar 1974 (Akta 147) selaras dengan senarai kelayakan-kelayakan di Bahagian 1 Jadual Kedua. (Gaji permulaan ialah pada Gred GV41:RM2,697.00)  


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  

   
Syarat Peningkatan Secara Lantikan:  

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Veterinar adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Veterinar Gred GV41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
(ii) mempunyai kelayakan yang disenaraikan di bawah Jadual II Bahagian II Akta Doktor Veterinar 1974 (Akta 147) yang diiktiraf setaraf dengan ijazah am oleh Kerajaan dan lulus Peperiksaan Khas anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia dan Majlis Veterinar Malaysia; dan
 
(b) had umur pelantikan:  
 
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
 
 
Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab mengawal penyakit-penyakit haiwan dan rawatannya, memastikan makanan ternakan selamat untuk pengguna, merancang dan menjalankan kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikan mutu ternakan, menguat kuasa undang-undang import bahan-bahan ternakan, mengawasi pusat-pusat karantina dan membuat laporan mengenai pembangunan dan kemajuan tahunan Jabatan dan lain-lain tugas pentadbiran Jabatan.


Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 25 Disember 2022 (Ahad)




Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Latar Belakang

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) ialah sebuah jabatan Kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab menyelia dan mentadbir hal-hal berkaitan perkidmatan veterinar. Ia merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia.

Asal-usul penubuhan JPV bermula dengan penubuhan Jabatan Veterinar seawal 1888, di Pulau Pinang dengan penempatan Doktor Veterinar bertauliah di Jabatan Perubatan. Tugas utama Doktor ketika itu ialah memeriksa ternakan yang diimport dari luar negara terutamanya Siam dan Kedah. Bagi melindungi Pulau Pinang daripada penyakit bawaan haiwan yang diimport ketika itu, sebuah pusat kuarantin telah dibina pada 1896 dan pusat ini merupakan pusat kuarantin yang pertama di Malaysia.[1]

Perkhidmatan Veterinar mula berkembang di negeri-negeri lain dengan penubuhan Cawangan Veterinar di Jabatan Perubatan dengan penempatan Doktor Veterinar dan Pemeriksa Veterinar. Semua Perkhidmatan Veterinar berada di bawah bidang kuasa Ketua Pegawai Perubatan yang berpusat di Singapura sehingga 1930.[1]

Tugas utama pegawai yang dilantik ketika itu ialah mengawal wabak penyakit haiwan. Sebuah unit telah ditubuhkan di Jabatan Polis di bawah kawalan ketua polis negeri, yang juga ditugaskan untuk memusnahkan anjing-anjing liar dalam usaha menghapuskan penyakit anjing gila dan menjadi saksi untuk melaporkan sebarang kejadian penyakit haiwan. Walaubagaimanapun, unit ini kemudiannya dimasuhkan dan digantikan dengan atendan haiwan.

Post a Comment