Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Koperasi Malaysia - 17 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Institut Koperasi Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Koperasi Malaysia


Jawatan:.

1. PELUKIS PELAN (SENI BINA) JA19

Jadual Gaji:
Minimum : RM1,377.00
Maksimum : RM4,052.00

Penempatan:
Ibu Pejabat Petaling Jaya (1)

Syarat-syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) Kelayakan:

i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut; atau

ii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. dan

Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan : Diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran Perisian AutoCAD


2. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19

Jadual Gaji:
Minimum : RM1,352.00
Maksimum : RM4,003.00

Penempatan:
Ibu Pejabat, P.Jaya (3)
Ipoh, Perak (1)
Alor Setar, Kedah (1)
K. Terengganu, (1)


Syarat-syarat Lantikan:

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) Kelayakan:

i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

DAN Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon:

a) Membuat permohonan melalui mana-mana kaedah berikut:

i) Portal MYFutureJobs iaitu: https://www.myfuturejobs.gov.my atau (admin ada sediakan link di bawah)

ii) Emel kepada: jawatankosong@ikma.edu.my sama ada menggunakan Borang Permohohan Jawatan Kosong yang boleh didapati di Laman Web Institut Koperasi Malaysia (www.ikma.edu.my) atau menghantar resume beserta salinan sijil yang telah disahkan; atau

iii) Portal eJawatan IKMa iaitu: ejawatan.ikma.edu.my/spp/login.cfm (admin ada sediakan link di bawah)


Perhatian:

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 17 Januari 2023 (Selasa)





Jawatan Kosong 2021 di Institut Koperasi Malaysia

Latar Belakang

Institut Koperasi Malaysia (IKM) yang sebelum ini dikenali sebagai Maktab Kerjasama Malaysia dan Maktab Koperasi Malaysia merupakan satu-satunya pusat latihan koperasi di negara ini.

Ketika ditubuhkan pada tahun 1956, keperluan kewangannya dibiayai oleh Colonial Welfare dan Development Fund, manakala kerajaan pula telah memberikan sumbangan yang amat besar bagi menggalakkan pembangunan IKM keseluruhannya.

Pada tahun 1968, IKM telah diiktiraf sebagai sebuah badan berkanun melalui Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 yang diluluskan oleh Parlimen pada 11 September 1968. Sesuai dengan peredaran masa, Parlimen telah meluluskan Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan) 1968 (Pindaan 2019) [Akta A1589] berkuatkuasa pada 5 Mei 2019 bertujuan untuk memperkemaskan tadbir urus IKM supaya dapat merancang dan menjalankan program yang inovatif dan kreatif bagi menyokong pembangunan gerakan koperasi.

IKM pernah diletakkan di bawah beberapa kementerian antaranya Kementerian Pertanian dan juga Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Mulai tahun 2009, IKM telah diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan kini IKM telah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)

Post a Comment