Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) - 27 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)


Jawatan:

1. TUKANG K3 (R07G12)
UNIT FASILITI, JABATAN PENGURUSAN ASET & FASILITI

Spesifikasi Tugas:

➢ Memeriksa dan membuat pembaikan kerosakan kuarters termasuk Ibu Pejabat, Stesen dan Depoh seperti diarahkan.
➢ Menunjuk ajar serta bekerjasama dengan pembantu (Penyenggara Am) untuk menjalankan tugas – tugas harian.

➢ Memastikan semua peralatan tukang dan mesin dalam keadaan sempurna dan selamat digunakan.

➢ Menguruskan arahan – arahan semasa dari Juruteknik dan Pengurus Unit Fasiliti.


 Syarat Kelayakan:

➢ Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1;

➢ Bagi calon dalaman, telah disahkan dalam jawatan dangtelah berkhidmat sekurangkurangnya 3 tahun sebagai Penyenggara Am (PA10G12)

➢ Diperakukan oleh Ketua Jabatan.



2. JURUTEKNIK (J07G10)
JABATAN PENGURUSAN ASET & FASILITI

Spesifikasi Tugas:

➢ Menjalankan kajian , menyediakan lakaran, spesifikasi, skop kerja, dan bil kuantiti untuk kerja- kerja penyelenggaraan di premis KTMB.

➢ Menyedia dan membuat anggaran bagi kerja-kerja kontrak serta proses memanggil tawaran kerja.

➢ Menjalankan pemantauan dan pemeriksaan berdasarkan aduan dan jadual kerja.

➢ Mengawasi kerja-kerja pembaikan kerosakan bangunan di premis KTMB mengikut kualiti kerja yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan.

➢ Mengawasi serta memastikan bahawa pekerja, barangan, serta peralatan untuk penyelenggaraan tugas harian adalah mencukupi dan sempurna mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

➢ Menyediakan senarai semak dan memantau jadual untuk kakitangan bawahan serta memastikan pekerja bekerja dalam persekitaran yang selamat

➢ Menyediakan laporan kerja penyelenggaraan yang dijalankan.

➢ Membuat lawatan kerja berjadual ke kawasan serta bangunan di bawah seliaan seperti yang telah diprogramkan pada awal tahun.

➢ Menyelia lawatan tapak termasuk taklimat kepada kontraktor.

➢ Menghadiri mesyuarat yang berkaitan kerj


Syarat Kelayakan:

➢ Memiliki Sijil Kejuruteraan Awam dari Politeknik tempatan atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM Tahap 3) Kejuruteraan Awam; ATAU

➢ Telah disahkan dalam jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya 7 tahun sebagai Tukang K2 (gred R06G12) bagi calon dalaman;

➢ Berumur tidak lebih 28 tahun pada tarikh iklan ditutup;

➢ Mempunyai pengalaman serta pengetahuan yang baik tentang kerja-kerja penyelenggaraan dan penggunaan alatan pertukangan;

➢ Mahir menggunakan computer serta aplikasi yang berkaitan.

➢ Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.


Cara Mohon:

Permohonan hendaklah dibuat melalui LINK E-Recruitment KTMB (link admin sediakan di bawah) tidak lewat dari 27 Januari 2023. Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Unit Perancangan Kakitangan, Jabatan Modal Insan Keretapi Tanah Melayu Berhad di talian 03-22631141/1273.

Hanya pemohonan yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini



Jawatan Kosong di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Sejarah KTMB

Pada tahun 1961 merupakan tarikh berakhirnya orang eropah menjadi Pengurus Besar KTM. Dato’ Ahmad Perang merupakan anak watan yang pertama menjadi Pengurus Besar, dan Haji Waad Jamaluddin merupakan kakitangan KTM yang pertama berjaya memegang jawatan Pengurus Besar KTM. Selebihnya jawatan tersebut dipegang Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang dipinjamkan ke KTM.

KTM sejak sebelum Perang Dunia lagi mempunyai rancangan pembinaan landasan merentasi Kuala Lumpur ke Pahang, dari Johor Bahru ke Kuantan dan menyusur negeri Terengganu dan kelantan tetapi tidak dapat dilaksanakan. Malah beberapa landasan yang telah dirancangkan namun ianya tidak menjadi kenyataan. Diantaranya ialah landasan sejauh 70 batu dari kulai ke Endau; keduanya dari Kluang ke Muar dan terus ke Melaka sejauh 95 batu, ketiga; landasan sejauh 40 batu dari Gemas ke Melaka. Di Pahang pula dirancangkan landasan cawangan dari Jerantut ke Kuantan sejauh 25 batu, manakala di Selangor pula dari kelang ke Morib. Di negeri Perak cadangan pembinaan landasan cawangan yang terbengkalai iaitu dari Ipoh ke Gopeng dan dari Bagan Serai ke Kuala Kurau. Namun kesemua rancangan tersebut tidak terlaksana.

Post a Comment