Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) - 27 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41
Gaji Minimum : RM 2,080.00 - Gaji Maksimum : RM 9,546.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Berumur tidak kurang dari 23 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

b) (i) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(ii) Ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(ii) Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 
Gaji Minimum : RM 1,493.00 - Gaji Maksimum : RM 5,672.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Berumur tidak kurang dari 23 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

b) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

c) Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya


3. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA GRED JA29
Gaji Minimum : RM 2,080.00 - Gaji Maksimum : RM 9,546.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Berumur tidak kurang dari 23 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

b) Sijil dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau

c) Diploma dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)


4. PENOLONG JURUTERA GRED JA29
Gaji Minimum : RM 1,549.00 - Gaji Maksimum : RM 5,701.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Berumur tidak kurang dari 23 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

b) Sijil dalam bidang Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau

c) Diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)


Cara Memohon:

Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat tersebut, adalah dipelawa untuk menghantar permohonan dengan menulis surat besertakan ‘resume’ yang mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja beserta sijil-sijil yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada:-

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Dewan Bandaraya Kuching Utara
Tingkat 3, Bangunan DBKU
Bukit Siol, Jalan Semariang
Petra Jaya, 93050 Kuching

Pemohon daripada kakitangan kerajaan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan perkara berikut:-

a) Laporan Sulit
b) Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun terakhir
c) Salinan Kenyataan Perkhidmatan


Tarikh Tutup Permohonan : 27 Februari 2023 (Isnin)




Jawatan Kosong 2023 di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Latar Belakang

Dewan Bandaraya Kuching Utara atau nama rasminya, The Commission of Kuching North City Hall (Melayu: Suruhanjaya Dewan Bandaraya Kuching Utara, ringkasan DBKU) merupakan salah satu daripada dua pihak berkuasa yang mentadbir bandar raya Kuching. Kuching telah dinaikkan ke taraf bandar raya pada 1 Ogos 1988 dan merupakan bandar raya yang ketiga dari segi turutan di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Ipoh.

Post a Comment