Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - 14 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


Jawatan:

1. EKSEKUTIF DANA PENYELIDIKAN GRED DQ41

(a) Jawatan : Eksekutif Dana Penyelidikan gred DQ41
(b) Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
(c) Taraf Jawatan : Kontrak
(d) Tempoh : Satu (1) tahun sehingga maksimum tiga (3) tahun sebelum dipertimbangkan ke jawatan tetap tertakluk kepada prestasi dan syarat-syarat yang ditetapkan.

Jadual Gaji:
Minimum RM2,524.00
Maksimum RM9,768.00
Kenaikan gaji tahunan RM225.00
(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman)

(a)Elaun:
(i)   Keraian : RM300.00
(ii)  Perumahan : RM300.00
(iii) Bantuan Sara Hidup : RM300.00
 

Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(b) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti-universiti Awam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dalam sebarang bidang sains, sastera, sains sosial, perundangan, pengajian Islam atau yang bersesuaian; 

(c) Mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada 2 tahun di Institut Pengajian Tinggi atau Institusi Penyelidikan sama ada dalam sektor awam mahupun swasta akan dinilai sebagai satu kelebihan ;

(d) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja yang sewajarnya, kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris, dan kemahiran menggunakan komputer, dan;

(e) Kemahiran merujuk kepada sumber-sumber Islam dalam Bahasa Arab akan dinilai sebagai satu kelebihan.


Antara Bidang Tugas & Tanggungjawab Utama:

(a) Mengenal pasti sumber-sumber dana luar yang boleh dipohon oleh ahli akademik IKIM untuk menjalankan penyelidikan.

(b) Membangunkan pangkalan data dan membuat hebahan berkenaan dana penyelidikan kepada ahli akademik IKIM.

(c) Memberi khidmat nasihat kepada ahli akademik IKIM berkenaan permohonan dana penyelidikan daripada pihak luar dan perancangan bajet projek penyelidikan.

(d) Memantau penggunaan bajet penyelidikan dengan kerjasama Bahagian Kewangan dan Pelaburan (BKEP).

(e) Membantu Ketua UPP sebagai urus setia dalam urusan pengauditan penyelidikan bagi audit kualiti dalaman, audit oleh SIRIM QAS, audit oleh Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM), dan audit oleh pemberi dana.



2. EKSEKUTIF PEMANTAUAN PENYELIDIKAN GRED DQ41

(a) Jawatan : Eksekutif Pemantauan Penyelidikan gred DQ41
(b) Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
(c) Taraf Jawatan : Kontrak
(d) Tempoh : Satu (1) tahun sehingga maksimum tiga (3) tahun sebelum dipertimbangkan ke jawatan tetap tertakluk kepada prestasi dan syarat-syarat yang ditetapkan.

Jadual Gaji:
Minimum RM2,524.00
Maksimum RM9,768.00
Kenaikan gaji tahunan RM225.00
(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman)

Elaun:
(i)   Keraian : RM300.00
(ii)  Perumahan : RM300.00
(iii) Bantuan Sara Hidup : RM300.00


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(b) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti-universiti Awam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dalam sebarang bidang sains, sastera, sains sosial, perundangan, pengajian Islam atau yang bersesuaian; 

(c) Mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada 2 tahun di Institut Pengajian Tinggi atau Institusi Penyelidikan sama ada dalam sektor awam mahupun swasta akan dinilai sebagai satu kelebihan;

(d) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja yang sewajarnya, kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris, dan kemahiran menggunakan komputer, dan;

(e) Kemahiran merujuk kepada sumber-sumber Islam dalam Bahasa Arab akan dinilai sebagai satu kelebihan.


Antara Bidang Tugas & Tanggungjawab Utama :

(a) Menjadi pegawai perhubungan antara UPP dengan Pusat-pusat Akademik berkaitan aktiviti penyelidikan seperti penyediaan kertas cadangan bagi tujuan mendapat kelulusan, pelaporan perkembangan projek penyelidikan secara berkala, pematuhan kepada etika penyelidikan, dan pengesahan penutupan projek penyelidikan yang tamat.

(b) Mengumpul data dan maklumat berkaitan penyelidikan IKIM untuk disalurkan kepada pihak berkepentingan seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), atau mana-mana agensi berkaitan.

(c) Mengumpul data, membangunkan pangkalan data dan membuat analisis terhadap data berkaitan hasil penyelidikan dan ahli akademik IKIM seperti impak, sitasi, h-index, dan seumpamanya.

(d) Membantu Ketua UPP sebagai urus setia dalam urusan pengauditan penyelidikan bagi audit kualiti dalaman, audit oleh SIRIM QAS, audit oleh Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM), dan audit oleh pemberi dana.

(e) Membantu Ketua UPP sebagai urus setia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Akademik, Mesyuarat Jawatankuasa Teras 1, dan Mesyuarat Pemantapan dan Pengukuhan Akademik (Retreat Akademik).


Cara Permohonan:

(a)  Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan, keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Modal Insan)
Tel: 03-62046374 

(b) Salinan  sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu.

(c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat.

(d) Permohonan hendaklah sampai ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 14 Mac 2023 jam 4.30 petang.

(e)  Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses.

3.0 Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon dianggap GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.


* Sila baca terlebih dahulu iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 14 Mac 2023 jam 4.30 petang.


Jawatan Kosong 2022 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Latar Belakang

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan. Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Senario dunia sentiasa berubah-ubah. Perubahan yang berlaku belum pernah dilihat sebelum ini. Di antara punca berlakunya perubahan ini adalah sebab-sebab perkembangan aspek-aspek teknologi, sosial, ekonomi dan politik. Kesannya, keutuhan sesuatu bangsa, sama ada umat Islam atau bukan Islam, akan teruji.

Pada hari ini, umat Islam terdapat di serata dunia. Kepelbagaian budaya dan ideologi umat Islam membawa cabaran besar terhadap pembentukan kefahaman dan interpretasi Islam sebagai satu agama dan cara hidup yang lengkap.

Agama Islam adalah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Ianya merangkumi satu sistem hidup yang menyeluruh dengan mengamalkan sikap terbuka, dinamik dan toleran.

Post a Comment