Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) - 9 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS)


Jawatan:

1. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

Jadual Upah:
RM 54.00 sehari

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a)Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) i. Sijil Pelajaran malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Syarat Tambahan:

Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan fasih, serta mahir menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Excel

Ringkasan Tugas:

Melayani setiap pelanggan/pelawat yang hadir dan berurusan di kaunter MIROS. Mengendalikan panggilan telefon yang diterima daripada pihak luar yang ingin berurusan dengan MIROS.


2. PEGAWAI KONTRAK PROJEK (SETARA GRED W29)

Jadual Upah:
Upah : RM 1,498.00
Insentif: RM 608.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) i. Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ; atau

ii. Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Ringkasan Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.


3. PEGAWAI KONTRAK PROJEK (SETARA GRED N41)

Jadual Upah:
Upah : RM2,080.00 
Insentif: RM720.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) i. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.; atau

ii. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Ringkasan Tugas:
  • Mentadbir akaun dan membangunkan kandungan media bagi platform media social.
  • Menghasil dan menerbitkan hasil keputusan penilaian dalam bentuk laporan penilaian, berita, video ujian perlanggaran.
  • Menjalankan kerja berkaitan dengan urusan komunikasi untuk program yang dijalankan.
  • Mengemaskini kandungan di dalam laman sesawang rasmi dan juga aplikasi mobile.
  • Berurusan dengan pembekal luar untuk kerja-kerja berkaitan dengan aktiviti komunikasi dan program keselamatan kenderaan.

Cara Memohon:

1. Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun
daripada laman sesawang www.miros.gov.my.

2. Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:

(a) Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);

(b) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;

(c) Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan).

(d) Sijil/Diploma/Ijazah yang dianugerahkan.

(e) Cetakan perincian kelayakan dan bidang program pengajian (semakan boleh dibuat di sesawang
Badan Pengiktirafan Kelayakan (MQA) / (MQR) https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

3. Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.

4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:

Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 09 Februari 2023 jam 1:00 petang. Permohonan yang diterima
selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.

6. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.


*Sila rujuk iklan jawatan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 09 Februari 2023 (Khamis) jam 5:00 petang





Jawatan Kosong 2022 di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

Sejarah

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah ditubuhkan pada tahun 2007 sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan di Malaysia yang berperanan sebagai sebuah pusat sehenti untuk penjanaan penghasilan dan penyebaran ilmu serta maklumat keselamatan jalaran raya. Hasil kajian yang diperolehi daripada penyelidikan dan program-program intervensi berasaskan bukti menyediakan asas untuk merumuskan strategi baru, undang-undang, dasar, dan langkah-langkah penguatkuasaan, yang mengawal keselamatan jalan raya di peringkat kebangsaan.

Terlibat secara langsung di dalam penyelidikan, MIROS bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan tempatan dan antarabangsa dan badan-badan swasta untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya, bertindak sebagai pusat sehenti bagi penjanaan dan penyebaran maklumat keselamatan jalan raya.

Post a Comment