Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) - 8 Februari 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)


Jawatan:

1. PEGAWAI PENGUATKUASA GRED KP41 - 1 Kekosongan

Jadual Gaji & Elaun:
Minimum - RM2,081.00
Maksimum - RM9,547.00
Kenaikan Gaji Tahunan - RM225.00 
ITKA - RM300.00
ITP - RM300.00
BSH - RM250.00

Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00); atau

(ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,285.00); atau

(iv) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,387.21).


2. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U19 - 2 Kekosongan

Jadual Gaji & Elaun:
Minimum - RM1,360.00
Maksimum - RM4,052.00
Kenaikan Gaji Tahunan - RM 100.00
ITKA - RM115.00
ITP - RM300.00
BSH - RM300.00

Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Kelayakan lantikan untuk kegunaan di Pihak Berkuasa Tempatan).
(Gaji permulaan ialah pada Gred U19: RM1,360.00; atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Serta Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U19: RM1,418.12).


3. PEMBANTU OPERASI GRED N11 - 1 Kekosongan

Jadual Gaji & Elaun:
Minimum - RM1,216.00
Maksimum - RM2,983.00
Kenaikan Gaji Tahunan - RM80.00
ITKA - RM95.00
ITP - RM300.00
BSH - RM300.00

Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(o) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau

(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan(P)]
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).


4. PEMANDU KENDERAAN GRED H11 - 1 Kekosongan

Jadual Gaji & Elaun:
Minimum - RM1,218.00
Maksimum - RM2,939.00 
Kenaikan Gaji Tahunan - RM80.00
ITKA - RM95.00
ITP - RM300.00
BSH - RM300.00

Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(ii) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/HI/| yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

(iii) Kebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

- Lesen D : RM1,264.15
- LesenE/E1/E2 : RM1,310.30
- Lesen F/H : RM1,356.45
- LesenG/ : RM1,402.60


Cara-cara Memohon:

1. Permohonan adalah secara online melalui portal permohonan kerja Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) portal.mpag.gov.my/emohon/ (link admin sediakan di bawah), Anda hanya perlu mendaftar masuk sebagai pengguna dan terus /ogin ke borang permohonan.

2. Pastikan anda telah melengkapkan borang permohonan online dengan maklumat yang betul dan juga mengikuti syarat yang diberikan sebelum menghantar permohonan.

3. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, sijil kelahiran, gambar terkini berukuran pasport dan lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan. Sijil dan dokumen sokongan berkaitan hendaklah dimuatnaik dengan ukuran tidak melebihi 2MB.

4. Ijazah/ Diploma/ Sijil yang diberi pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia sebelum Januari 2017 boleh disemak menerusi Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) melalui capaian https.://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php, manakala Program yang diberi pengiktirafan Kerajaan mulai Januari 2017, boleh disemak pada Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysia Qualifications Register, MQR) melalui capaian http:/www2.mqa.gov.my/mqr/ dan melampirkannya bersama borang permohonan.
 
5. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat (Tetap dan Kontrak) hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan melampirkan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemas kini beserta Laporan Penilaian Prestasi.


Catatan Am:

Permohonan hendaklah sampai ke MPAG sebelum/ pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

Pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah berhak memilih mana-mana calon yang difikirkan layak dan bersesuaian. Keputusan adalah muktamad.

Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kemahiran dan berpengalaman dengan jawatan yang dipohon.

Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.


*Sila baca iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 08 Februari 2023 (Rabu)





Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)

Latar Belakang

Majlis Perbandaran Alor Gajah merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berorientasikan perkhidmatan rakyat merupakan penggerak utama di dalam menjadikan Alor Gajah sebagai daerah yang maju dan indah. Pembangunan kawasan pentadbirannya telah maju serentak dengan pembangunan keseluruhan negeri Melaka dengan penekanan utama dari sektor-sektor perindustrian, pelancongan dan pertanian. Kewujudan insfrastruktur turut mempercepatkan aliran masuk para pelabur tempatan dan para pelabur asing untuk menanam modal dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Adalah menjadi harapan Majlis Perbandaran Alor Gajah untuk memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada masyarakat di bawah kawasan tadbirnya. Justeru itu, Majlis Perbandaran Alor Gajah akan memaksimakan segala usaha-usaha untuk membangunkan daerah bagi mencapai kemajuan dan kemakmuran.