Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak - 6 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak


Jawatan:

1. PEMBANTU AWAM H11


Syarat-syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan: RM1,218.00).

(Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia). (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Skim Perkhidmatan:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Awam, Gred H11, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


Cara Memohon

Semua pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri adalah diwajibkan untuk mengemukakan permohonan secara online melalui eRecruitment.

Untuk makluman lanjut mengenai kekosongan jawatan, pemohon-pemohon boleh menghubungi 082-319 510 (Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 06 Mac 2023 (Isnin)





Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak

Latar Belakang

Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak telah ditubuhkan pada 1 Februari 1994 mengikut Seksyen 3 ( 1) Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar, 1993 (Bab 84 - Undang-Undang Sarawak). NREB ditugaskan dengan tanggungjawab untuk melindungi dan menguruskan alam sekitar dan pemuliharaan sumber asli berdasarkan prinsip-prinsip pembangunan mampan.

Penubuhan Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak

Berikutan sidang kemuncak dunia mengenai pembangunan mampan atau "World Summit on Sustainable Development (WSSD)" yang diadakan di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengubal undang-undang "Natural Resources and Environment (Amendment) Ordinance, 1993 (Cap. 84 - Laws of Sarawak)". Bersesuaian dengan Perkara 3 (1) undang-undang tersebut, maka Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (dahulunya Lembaga Sumber Asli dan Persekitaran Sarawak) telah ditubuhkan pada 1 Februari 1994, yang bertanggungjawab untuk melindungi dan menguruskan alam sekitar serta sumber asli di negeri Sarawak.

Post a Comment