Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - 16 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) | Universiti Sains Islam Malaysia sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang berikut:


Jawatan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

Jadual Gaji:
Minimum - RM 2,315.00
Maksimum - RM 9,618.00
Kenaikan Gaji Tahunan - RM225.00 

Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c. (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,315.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,522.44);atau

(iii) ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,833.78); atau


2. PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) JA29

Jadual Gaji:
Minimum - RM 1,549.00
Maksimum - RM 5,701.00
Kenaikan Gaji Tahunan - RM 145.00

Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(i) warganegara Malaysia;

(ii) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c. (i) Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29:RM1,549.00); atau

(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).


3. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29

Jadual Gaji:
Minimum - RM 1,549.00 
Maksimum - RM 5,701.00 
Kenaikan Gaji Tahunan - RM 145.00

Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(i) warganegara Malaysia;

(ii) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c. (i) Sijil dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29:RM1,549.00); atau

(ii) Diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).


4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PENERBIT RANCANGAN) N29

Jadual Gaji:
Minimum - RM 1,499.00
Maksimum - RM 5,679.00
Kenaikan Gaji Tahunan - RM 145.00

Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c. (i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan pada mata gaji minimum: RM1,499.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada mata gaji minimum: RM1,499.00); atau

(iii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada mata gaji minimum: RM1,499.00); atau 

(iv) diploma dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada mata gaji minimum: RM1,777.78). 


5. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

Jadual Gaji:
Minimum - RM 1,549.00
Maksimum - RM 2,939.00 
Kenaikan Gaji Tahunan - RM 80.00

Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan pada Gred KP11 : RM 1,205.00) atau

(ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan pada Gred KP11 : RM 1,205.00)

(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut;

a. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

b. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

c. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

d. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan

e. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.


6. PEGAWAI SAINS C41

Jadual Gaji:
Minimum - RM 2,317.00
Maksimum - RM 9,620.00
Kenaikan Gaji Tahunan - RM 225.00

Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c. (i) Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred C41: RM2,317.00).


Cara Memohon:

1) Semua permohonan adalah secara dalam talian menerusi hebahan iklan di laman web http://www.usim.edu.my (link admin ada sediakan di bawah) mulai 03 Februari 2023 (Jumaat).

2) Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sejumlah RM10.00 melalui sistem mypayment.

3) Panduan permohonan dan maklumat terperinci tentang jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.

4) Permohonan yang tidak menerima sebarang maklumbalas selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dikategorikan sebagai tidak berjaya.


Sebarang pertanyaan sila hubungi urus setia di talian 06-798 8113/8125 atau e-mel ke: hr.perjawatan04@usim.edu.my (Norazah Md Yusup) / hr.perjawatan06@usim.edu.my (Noor Jannah Noorzan) / munirah@usim.edu.my (Siti Munirah Mohd Kamizi).


*Sila rujuk syarat kelayakan sebelum memohon melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 16 Februari 2023 (Khamis)




Jawatan Kosong di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Sejarah Penubuhan USIM

Gagasan penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi Islam sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah usaha kerajaan untuk menampung kekurangan intelek yang menguasai ilmu Islam. Pengumuman awal cadangan penubuhan ini telah  dibuat oleh Menteri Pendidikan ketika itu Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasir Puteh, Kelantan, pada 14 Jun 1996.

Post a Comment