Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah - 10 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah


Jawatan Akademik:

1. PROFESOR VK7
Gaji Minimum : RM7,676.00   - Gaji Maksimum : RM20,592.00

2. PROFESOR MADYA DM53
Gaji Minimum : RM6,162.00   - Gaji Maksimum : RM13,235.00

3. PENSYARAH KANAN DM51
Gaji Minimum : RM5,855.00  - Gaji Maksimum : RM12,445.00

4. PENSYARAH DM45
Gaji Minimum : RM3,070.00  - Gaji Maksimum : RM11,095.00


Akademi / Fakulti : Akademi Pengajian Bahasa - Bidang Pengajaran : Bahasa Inggeris

Akademi / Fakulti : Fakulti Pengurusan dan Perniagaan - Bidang Pengajaran : Ekonomi


Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan


Kelayakan Lantikan Ke Gred DM45

(i) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45 : RM3,070.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau diploma lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45 : RM3,070.00); atau

(iii) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45 : RM3,380.37).


Kelayakan Lantikan Ke Gred DM52

(d) (i) memenuhi syarat lantikan ke Gred DM45 seperti di perenggan 1 (c); dan (ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan

(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM51: RM5,855.00)


Kelayakan Lantikan Ke Gred DM53 (Profesor Madya)

(e) (i) memenuhi syarat lantikan ke Gred DM45 seperti di perenggan 1 (c); dan (ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan

(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM53 : RM6,162.00)


Kelayakan Lantikan Ke Gred Khas C (Profesor)

(f) (i) memenuhi syarat lantikan ke Gred DM45 seperti di perenggan 1 (c); dan (ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan

(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang
berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C : RM7,676.00)


Cara- Cara Membuat Permohonan:

(a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UiTM yang boleh didapati dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani di https://kedah.uitm.edu.my/ . Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Februari 2023.

(b) Sila kemukakan permohonan kepada :

KETUA
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UiTM CAWANGAN KEDAH
KAMPUS SUNGAI PETANI
08400, MERBOK
KEDAH DARUL AMAN
NO. TEL: (04) 4562054 / 2056 / 2059


*Sila baca iklan kekosongan & lengkap sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 10 Februari 2023 (Jumaat)





Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah

Sejarah

UiTM Kedah telah dirasmikan pada 1 Oktober 1997 oleh YB Tun Daim Zainuddin, Menteri Kewangan. Ia memulakan operasi pertama pada November 1997 dengan 162 pelajar dan 25 kakitangan pentadbiran. Selaras dengan matlamat dan aspirasi kerajaan untuk membangunkan kemahiran Bumiputra dalam pelbagai bidang, universiti berfungsi sebagai pemangkin dalam membangunkan ekonomi dan pendidikan penduduk tempatan khususnya di negeri Kedah dan utara. Penubuhan kampus ini adalah berdasarkan pelan utama yang menganggap keupayaan maksimum 7000 pelajar.

Lokasi kampus ini merentasi kawasan seluas 350 ekar di Mukim Bujang (antara Semeling dan Merbok), yang terletak kira-kira 14 kilometer dari Sungai Petani dan dibangunkan berdasarkan kelulusan Rancangan Belanjawan Malaysia ke-6 dengan jumlah RM38.4 juta

Post a Comment