Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Bintulu - 28 Mac 2023

Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Pelabuhan Bintulu | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Lembaga Pelabuhan Bintulu


Jawatan:

1. PEMBANTU OPERASI (KESELAMATAN) GRED N11

Jadual Gaji: 
Gaji Minimum - RM 1,216.00
Gaji Maksimum - RM 2,983.00


2. PEGAWAI LAUT, GRED AL41

Jadual Gaji: 
Gaji Minimum - RM 2, 325.00
Gaji Maksimum - RM 9, 637.00


3. PENOLONG PEGAWAI LAUT, GRED A29

Jadual Gaji: 
Gaji Minimum - RM 1,794.00
Gaji Maksimum - RM 5,707.00


Cara Memohon:

a. Permohonan hendaklah dikemukakan menggunakan Borang Permohonan Jawatan LPB yang boleh dimuat-turun melalui laman web rasmi LPB http://www.bpa.gov.my atau dari pejabat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia , Aras 9 Menara Kidurong, Lembaga Pelabuhan Bintulu. Penggunaan borang permohonan yang telah disalin semula (photostate) turut dibenarkan.

b. Pemohon hendaklah mencatitkan jawatan yang dipohon di sebelah sudut kanan sampul surat.

c. Permohonan yang tidak dilengkapi dengan gambar, salinan sijil berkaitan atau lewat diterima serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan ditolak. Surat-menyurat tidak akan dilayan.

d. Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Mac 2023, jam 5.00 petang.

e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

f. Tempoh sah laku permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan.

g. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad. LPB tidak akan bertanggungjawab di atas segala perbelanjaan calon untuk proses temuduga jika berkaitan.

h. Semua permohonan hendaklah dialamatkan dan dihantar kepada:

Pengurus Sumber Manusia
Lembaga Pelabuhan Bintulu
Aras 9, Menara Kidurong
Peti Surat 296, Jalan Tanjung Kidurong
97007 Bintulu Sarawak


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh tutup permohonan : 28 Mac 2023, jam 5.00 petang.




Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Pelabuhan Bintulu

Sejarah

Lembaga Pelabuhan Bintulu ditubuhkan pada 15hb Ogos 1981 di bawah Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 yang merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Tanggungjawab Lembaga Pelabuhan Bintulu meliputi pembangunan, pentadbiran, pemasaran dan pembekalan perkhidmatan pelabuhan yang lengkap dan cekap dengan matlamat untuk menjadikan Pelabuhan Bintulu sebagai pusat pengangkutan dan pengedaran yang terbesar dan paling efisien di rangkaian BIMP-EAGA. Pelabuhan Bintulu memulakan operasinya pada 1hb Januari 1983.

Pelabuhan Bintulu merupakan sebuah pelabuhan antarabangsa yang mempunyai kedudukan yang strategik di Timur Laut Sarawak iaitu di dalam laluan di antara Timur Jauh dengan Eropah. Ia juga merupakan laluan utama ekspot gas asli cecair (LNG) dari Malaysia. Di samping itu, Pelabuhan Bintulu juga menawarkan kemudahan dan peralatan yang moden serta canggih untuk pengendalian kontena, kargo pukal cecair dan kering serta kargo am.

Mulai 1 Januari 1993, operasi perkhidmatan Pelabuhan Bintulu telah diswastakan di bawah Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990 sejajar dengan Dasar Penswastaan Kebangsaan. Dengan penswastaan tersebut, Lembaga Pelabuhan Bintulu telah melesenkan sebuah syarikat operasi pelabuhan iaitu Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) untuk menjalankan operasi perkhidmatan pelabuhan dan yang berkaitan dengannya di Pelabuhan Bintulu. Syarikat Bintulu Port Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 23hb Disember 1992 dan seterusnya memulakan operasinya pada 1hb Januari 1993.