Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) - 23 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia  (JUPEM)


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR - MySTEP 

Kadar Bayaran Gaji: RM1,700.00 (termasuk bayaran KWSP dan PERKESO)
Tempoh Kontrak : 1 April 2023 hingga 31 Disember 2023


Deskripsi Tugas:

1. Membantu dalam melakukan kerja-kerja pelupusan, fail noperasi SPSM yang melibatkan tugasan berikut:

a) Mengenalpasti fail-fail yang perlu dilupuskan;

b) Menyusun fail-fail yang telah dikenalpasti untuk dilupuskan mengikut tahun;

c) Merekodkan fail-fail yang telah disusun ke dalam Borang Pelupusan;

d) Membantu menyediakan pelaporan akhir pelupusan untuk dihantar kepada pihak Arkib Negara;

e) Membantu melupuskan fail-fail yang telah diberi kelulusan lupus oleh pihak Arkib Negara.

2. Membantu kerja-kerja pengoperasian (persediaan mesyuarat, penyediaan dokumen, tempahan makanan dan lain-lain keperluan berkaitan);

3. Memantau sistem dalaman SPSM (eHadir & Sistem Tempahan Bilik); dan

4. Membantu lain-lain urusan berdasarkan arahan SPSM dari semasa ke semasa.


Syarat Lantikan:

1. Warganegara Malaysia;

2. Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf;

3. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun;

4. Mempunyai kemahiran dalam MS Office (MS Word, MS Excel, dan MS Power Point);

5. Pengalaman dalam pengurusan rekod dan fail (data entry, data cleansing, record filing terutama pelupusan fail dan lain-lain yang berkaitan;

6. Berinisiatif, rajin, berdikari, terbuka menerima teguran, kemahiran komunikasi yang baik, menepati masa dan bersedia belajar perkara baharu;

7. Mempunyai minat dalam menguruskan mesyuarat, bengkel, kursus, program dan lain-lain berkaitan; dan

8. Sihat tubuh badan.


Permohonan:

Sekiranya memenuhi syarat dan kriteria yang dinyatakan, anda boleh menghubungi pihak SPSM melalui e-mel mystepict@jupem.gov.my dan no telefon - 03-26170631 dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

i. *Resume lengkap; dan
ii. Salinan Kad Pengenalan;

*Pengalaman berkhidmat dalam mana-mana Kementerian\ Jabatan\ agensi Kerajaan akan diberikan keutamaan.


Tarikh Tutup Permohonan : 23 Mac 2023 (Selasa)




Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

Latar Belakang

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) merupakan antara agensi kerajaan yang tertua di Malaysia di mana aktiviti pengukuran bermula pada tahun 1885 dengan tertubuhnya Jabatan Ukur Negeri Johor. Bertitik tolak dari tahun 1885 hingga 1957, Jabatan-Jabatan Ukur Negeri dan Topografi telah ditubuhkan sehingga membawa kepada penyatuan secara berperingkat kepada satu organisasi seperti hari ini. Pada tahun 1965, kerajaan telah meluluskan penubuhan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia dengan mandat mengendalikan kerja-kerja ukur, topografi dan geodetik serta mengeluarkan pemetaan topografi dan peta bandar Direktorat ini juga dimandatkan untuk menyelaras dan menyediakan semua keperluan peta dan carta bagi kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Penubuhan Jabatan diteruskan dengan penubuhan Bahagian Pemetaan Topografi Sabah JUPEM Sabah (dahulunya Seksyen Topografi Sabah) (1983), JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan (1984), Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak (dahulunya Seksyen Topografi Sarawak) (1989) dan diakhiri dengan penubuhan JUPEM Perlis pada tahun 1995.

Post a Comment