Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) - 31 Mac 2023

Post a Comment

Jawatan Kosong 2023 di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)



Jawatan:

1. PEMBANTU AWAM (CFS)

Gred Jawatan : Setara dengan Pembantu Awam Gred H11
Taraf Jawatan : Contract for Service (CFS)
Pusat Tanggungjawab : Pusat Penyelidikan Hortikultur (HR)
Penempatan : Ibu Pejabat MARDI
Gaji : RM1,200.00 (secara pukal)
Tempoh Perkhidmatan : 1 tahun


1. Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-
kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah.

3. Bidang Tugas : i) Melaksanakan aktiviti penanaman benih dan sayuran bagi jualan dana.

ii) Melaksanakan dan Menyelenggara pekakas dan peralatan bagi tujuan penanaman anak benih.

iii) Membantu dan mengendali jualan produk dana.

iv) Menyelenggara rekod stok dan produk jualan dana untuk tujuan pelaporan.

v) Lain-lain tugas berkaitan dana yang diberikan dari masa ke semasa.


Cara Memohon:

i) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang MDI.1 Pindaan 1/2013 dengan lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan. Semua permohonan hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:

Pengarah
Pusat Penyelidikan Hortikultur
Ibu Pejabat MARDI
Persiaran MARDI-UPM
43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

(u/p: Puan Siti Aminah Binti Jamaludin)

ii) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Manakala, calon yang berkelayakan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.

iii) Hanya calon yang layak selepas sesi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-8953 6272


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2023 (Jumaat)




Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Latar Belakang

MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.

Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971.

MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan.

Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum.

Post a Comment