Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang - 31 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang


Jawatan:

1. PENOLONG PUSTAKAWAN S29

2. PEMBANTU PUSTAKAWAN S19


Maklumat & Syarat Kelayakan Jawatan 1:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Memiliki :

i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; (Gaji permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau

ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau

iii. Diploma Pengurusan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95)


Deskripsi Tugas

(a) Mengendali pembangunan sumber maklumat, pendokumentasian dan pengurusan maklumat, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan kepada pengguna perpustakaan

(b) Melaksanakan aplikasi ICT di perpustakaan, mengendali pemuliharaan dan keselamatan sumber maklumat serta membantu kerja kewangan


Maklumat & Syarat Kelayakan Jawatan 2:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Memiliki

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,352.00); atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,408.40); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,464.80)


Deskripsi Tugas

(a) Menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan, termasuk pinjaman antara perpustakaan.


Peraturan Permohonan:

i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang yang boleh didapati di:-

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG
JKR 2118 JALAN PERPUSTAKAAN
SEBERANG JAYA, 13700 PERAI

ii) Untuk keterangan lanjut sila layari laman web http://www.penanglib.gov.my

iii) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah disampaikan kepada:-

PENGARAH
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG
JKR 2118 JALAN PERPUSTAKAAN
SEBERANG JAYA
13700 PERAI


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2023 (Jumaat)




Jawatan Kosong di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

Pengenalan

Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) telah memulakan perkhidmatannya pada bulan Januari 1973 sebaik sahaja ia mengambil alih pengurusan Penang Library sebuah perpustakaan langganan yang pertama di Malaysia yang mula memberi perkhidmatan perpustakaan semenjak tahun 1817. Enakmen PPAPP 1972 yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 7hb Ogos 1972 menetapkan PPAPP sebagai sebuah badan yang berkuasa untuk menyediakan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan awam bagi masyarakat di negeri Pulau Pinang dan memperluaskan penggunaan maklumat-maklumat dan bahan-bahan perpustakaan di dalam negeri ini.

PPAPP kini mempunyai satu jaringan rangkaian perpustakaan elektronik yang mampu menampung keperluan rakyat Pulau Pinang merapatkan jurang ilmu dan mengurangkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar di mana setiap perpustakaan dapat dihubungi secara atas talian. Kini PPAPP mempunyai sebuah perpustakaan pusat di Seberang Jaya, 5 buah perpustakaan cawangan iaitu di George Town, Balik Pulau, Bukit Mertajam, Jawi, Bertam dan sebuah Perpustakaan Kanak-Kanak di Jalan Scotland. Terdapat 2 buah perpustakaan Pekan di Bagan Ajam dan Simpang Ampat dan 2 buah perpustakaan di pusat membeli belah di Komtar dan AEON Bukit Mertajam. Juga mempunyai 1 buah perpustakaan Digital Tasek Gelugor Perbadanan juga mempunyai rangkaian perpustakaan desa siber ilmu di seluruh pelusuk negeri Pulau Pinang berjumlah sebanyak 46 perpustakaan desa negeri dan 34 lagi yang ditubuhkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia yang kini diuruskan oleh Perbadanan.

Di samping perpustakaan statik, PPAPP juga mempunyai 12 unit Perpustakaan Bergerak yang melawati tempat-tempat yang tiada Perpustakaan Desa, di mana 2 unit daripada Perpustakaan Bergerak ini memberi perkhidmatan kepada OKU (Orang Kelainan Upaya). Terdapat kelainan dari segi koleksi dan permainan jika dibandingkan dengan Perpustakaan Bergerak yang lain. Ini ialah satu langkah pembangunan pihak Perbadanan dalam memenuhi keperluan maklumat rakyat Pulau Pinang iaitu dengan tidak mengabaikan serta membiarkan golongan kelainan upaya ini kerana mereka juga berhak untuk mendapat maklumat dan pendidikan.

Post a Comment