Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Stadium Johor (PSJ) - 12 April 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Stadium Johor (PSJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Stadium Johor (PSJ)


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

Unit Penyelenggaraan Fasiliti
Klasifikasi Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan : Satu (1) Calon


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijl Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijii Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengganya oleh Kerajaan.

3. Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi)


2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

Unit Komunikasi Strategi
Klasifikasi Perkhidmatan  : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan : Satu (1) Calon
Syarat Lantikan


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengganya oleh Kerajaan.


3. Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi)

4. Kriteria Tambahan:

+ Mahir dalam penggunaan perisian Adobe Premiere Pro, Adobe After Effect dan lain-lain.

+ Berkebolehan dalam menyediakan video dengan paparan kreatif.

+ Berkebolehan dalam menyediakan video grafik bagi tujuan muat naik di akaun rasmi media sosial.


3. PEMANDU KENDERAAN H11

Klasifikasi Perkhidmatan  : Kemahiran
Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan : Satu (1) Calon


Syarat Lantikan::

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia;

b.  Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

i. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

ii. Lesen memandu Kelas D/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [ kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)];

ii. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu :

Lesen D  RM 1,264.15
Lesen E  RM 1,310.30

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


3. Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lessen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, kenderaan ringan pacuan empat roda dan lori.


4. Kriteria Tambahan:

Calon yang memiliki Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV Bas) adalah satu kelebihan.


Cara Memohon:

1. Semua permohonan hendaklah menggunakan borang PSJ-01 yang boleh didapati secara percuma di Pejabat Perbadanan Stadium Johor pada waktu pejabat atau boleh muat turun melalui link yang admin sediakan di bawah

2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport dan salinan diakui sah dokumen-dokumen berikut :

2.1.1. Sijil Kelahiran

2.1.2. Kad Pengenalan

2.1.3.  Sijil berhenti Sekolah

2.1.4. Salinan Sijil Kelulusan Persekolahan/Akademik

2.1.5. Salinan Lesen Memandu (bagi jawatan Pemandu Kenderaan Sahaja)

2.1.5. Lain-lain Sijill Dokumen Sokongan

3. Permohonan bagi Pegawai/Anggota Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengikut Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pengkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan disertakan dengan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi.

PENGURUS BESAR
PERBADANAN STADIUM JOHOR
ARAS 1, STADIUM OLAHRAGA, KOMPLEKS SUKAN JOHOR
JALAN JUARA 2,
81100 JOHOR BAHRU
JOHOR


Catatan Am:

(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga

(b) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

(c) Segala perbelanjaan semasa menghadiri temuduga adalah menjadi tanggungan dan tanggungjawab pemohon sendiri


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 12 April 2023 (Rabu)




Jawatan Kosong di Perbadanan Stadium Johor (PSJ)

Tentang kami

Ditubuhkan pada tahun 2012 di bawah kerajaan negeri Johor. Pejabat urusan adalah di Pejabat Perbadanan Stadium Johor/Majlis Sukan Negeri Johor Aras 1, Bangunan Dato' Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar, 79000 Iskandar Puteri, Johor.

Post a Comment