Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Peluang Latihan Amali / Praktikal di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia - 2 Mei 2023

Post a Comment
Peluang Latihan Amali / Praktikal 2023 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia| Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


Jawatan:

1. PELAJAR LATIHAN AMALI / PRAKTIKAL


Syarat Kelayakan:

(i) warganegara Malaysia;

(ii) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(iii) sedang mengikuti pengajian di IPTA/ IPTS dalam bidang teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);

(iv) berkebolehan merekabentuk laman web, suntingan video dan mahir dalam aplikasi-aplikasi software; dan

(v) terbuka kepada calon lelaki dan perempuan


Cara Memohon:

Calon yang berminat hendaklah memohon melalui emel seperti berikut:

ashrof@spa.gov.my
arina@spa.gov.my
suriana@spa.gov.my
izzatiazmi@spa.gov.my

Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 02 Mei 2023 (Selasa)




Jawatan Kosong Kerajaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Sejarah:

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan

Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- "Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."

Post a Comment