Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) - 9 April 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)


Jawatan:

1. AIR TRAFFIC CONTROL OFFICER GRADE A41


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred A41: RM2,325.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred A41: RM2,635.65). dan (d) (i) Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains serta Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(ii) lulus Ujian Kecenderungan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik;

(iii) lulus pemeriksaan perubatan Aviation Medical Examination Class III seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik; dan

(iv) hadir dan lulus kursus asas Kawalan Trafik Udara dalam bidang Primary Air Traffic Control dan Area Procedural Control. atau (e) (i) pesara atau bekas pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat sekurang-kurangnya Leftenan Muda atau setaraf dengannya dan disahkan dalam
jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan memenuhi syarat-syarat berikut:

(a) mencapai sekurang-kurangnya tahap 4 dalam peperiksaan English Language Proficiency yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) atau setaraf; dan

(b) memiliki lesen lapangan aktif (live rating) atau kompetensi lapangan aktif (live competency). (Gaji permulaan ialah pada Gred A41: RM2,635.65).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(c)(i) dan 1(c)(ii)hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) lulus kursus Area Control dan mendapat Area Control Rating; dan

(b) had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun


Penetapan Gaji Permulaan:

4. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred A41 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.


Tempoh Percubaan:

5. Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun. 


Latihan:

6. Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.


Program Transformasi Minda/peperiksaan:

7. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan tamat dengan jayanya kursus A.T.C Radar serta memperolehi A.T.C Radar Rating  sebelum tamat tempoh percubaan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.


Pengesahan Dalam Perkhidmatan:

8. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:

(a) memenuhi tempoh percubaan;

(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan

(c) hadir dengan jayanya kursus A.T.C Radarserta memperolehi A.T.C Radar Rating seperti yang ditetapkan; dan

(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.


Pergerakan Gaji Tahunan:

9.Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.


Keperluan Kompetensi Dan Potensi:

11. Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat.



* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 09 April 2023 (Ahad)




Jawatan Kosong di Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)

Pengenalan

The incorporation of CAAM is in line with the requirement of the International Civil Aviation Organization (ICAO) which has called upon contracting states to the Chicago Convention to establish an autonomous civil aviation authority to ensure efficient management of the safety and security of the civil aviation.

The regulatory responsibility of civil aviation technical matters is vested in CAAM. CAAM’s main role is to contribute to the development of Malaysia’s civil aviation technical sector and mandated to comply with ICAO’s standards so as to keep aviation safe, secure and efficient.

Among CAAM’s key functions are to regulate, facilitate and promote the nation’s aviation/aerospace industry as well as to ensure that the national and international obligations of Malaysia in matters relating to civil aviation can be carried out, and the universal safety and security standards and requirements in civil aviation are implemented, complied with and well-maintained. The establishment of CAAM is also to ensure affairs involving Malaysia’s civil aviation industry meet the safety standards and procedures recommended by ICAO.

Post a Comment