Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) - 17 April 2023

Post a Comment

Jawatan Kosong 2023 di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)


Jawatan:

1. PENOLONG JURUTERA JA29

Gred Jawatan : Setara dengan Penolong Jurutera Gred JA29 (Sivil)
Taraf Jawatan : Contract for Service (CFS)
Pusat Tanggungjawab : Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta (AM)
Penempatan : Ibu Pejabat MARDI Serdang, Selangor
Gaji : RM1,500.00 (secara pukal)
Tempoh Perkhidmatan : 1 tahun


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat lain:

Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman (sekurangya satu (1) tahun dalam skop kerja senggaraan utiliti dan perlaksanaan projek pembangunan (bidang sivil seperti pengukuran kuantiti berdasarkan pelan, pemantauan kerja struktur konkrit dan besi, kerja kemasan bangunan dan infrastruktur jalan serta lain berkaitan).

Bidang Tugas:

Membantu Jurutera Sivil dalam perlaksanaan projek pembangunan dan penyelenggaraan skop Sivil. Ini termasuk perancangan, penjadualan, penyediaan spesifikasi dan dokumen teknikal, laporan kemajuan dan bayaran serta koordinasi dan pemantauan projek dari mula hingga penyiapan.


2. PENOLONG JURUTERA

Gred Jawatan : Setara dengan Penolong Jurutera Gred JA29 (Mekanikal)
Taraf Jawatan : Contract for Service (CFS)
Pusat Tanggungjawab : Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta (AM)
Penempatan : Ibu Pejabat MARDI Serdang, Selangor
Gaji : RM1,500.00 (secara pukal)
Tempoh Perkhidmatan : 1 tahun


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat lain:

Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman (sekurangya satu (1) tahun dalam skop kerja senggaraan utiliti dan pelaksanaan projek pembangunan (bidang mekanikal seperti sistem hawa dingin, bilik sejuk, pam, cegah kebakaran, lift dan lain berkaitan).


Bidang Tugas

Membantu Jurutera Mekanikal dalam pelaksanaan projek pembangunan dan penyelenggaraan skop mekanikal. Ini termasuk perancangan, penjadualan, penyediaan spesifikasi dan dokumen teknikal, penyediaan laporan teknikal analisa, laporan kemajuan dan bayaran serta koordinasi dan pemantauan projek dari mula hingga penyiapan.


Cara Memohon:

i) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang MDI.1 Pindaan 1/2013 (link muatturun borang permohonan ada admin sediakan di bawah) dengan lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan. Semua permohonan hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah: 

Pengarah
Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (AM)
Blok C7, Ibu Pejabat MARDI
Persiaran MARDI UPM
43400 Serdang Selangor
(u/p: Pn. Hawa Shafini Mohd Razak)

ii) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Manakala, calon yang berkelayakan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.

iii) Hanya calon yang layak selepas sesi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-8953 6890/ 6894


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 17 April 2023 (Isnin)




Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Latar Belakang

MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.

Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971.

MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan.

Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum.

Post a Comment