Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Daerah Tangkak - 16 April 2023

Post a Comment

Jawatan Kosong 2023 di Pejabat Daerah Tangkak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Daerah Tangkak


Jawatan:

1. PEGAWAI PERHUBUNGAN MASYARAKAT INDIA GRED N29

Jadual Gaji:
Gaji Minimum :RM 1,493.00
Gaji Maksimum : RM 5,672.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00

Kementerian/Jabatan :  Pejabat Daerah Tangkak
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan :  Kontrak
Kekosongan : 1 Kekosongan
Tempoh Jawatan : 1 Tahun


Syarat Lantikan:

(i) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Kaum India yang merupakan Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;dan

c) Kelayakan di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

d) Fasih berbahasa Melayu dan Tamil

e) Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer (Microsoft Office & Excel)

ii) Syarat Kelayakan Bahasa Melayu :

Calon bagi lantikan hendaklah Lulus empat (4) mata pelajaran dan Kepujian dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang setaraf dengannya oleh Kerajaan

iii) Latihan :

Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.

iv) Pergerakan Gaji Tahunan :

Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.


2. Deskripsi Tugas:

a) Menyelaras Urusan-Urusan Yang Berkaitan Dengan Pengurusan Serta Kegiatan Sosial Dan Kebajikan Masyarakat India Di Peringkat Daerah Bagi Memastikan Fungsi Jabatan Dapat Dilaksanakan Dengan Cekap Dan Berkesan Selaras Dengan Objektif Penubuhannya


3. Cara Membuat Permohonan:

(a) Permohonan hendaklah dengan menggunakan Borang PDT.01 yang boleh diperolehi daripada pejabat ini dengan cara datang sendiri pada waktu pejabat atau dimuat turun daripada laman web rasmi Kerajaan Negeri Johor di https://www.johor.gov.my/ (atau melalui link admin sediakan di bawah)

(b) Borang-Borang yang telah lengkap diisi dengan jelas dan terang dengan HURUF BESAR hendaklah disertakan bersama dokumen-dokumen berikut:

(i) Salinan Sijil Kelahiran yang diakui sah

(ii) Salinan Kad Pengenalan yang diakui sah

(iii) Salinan Sijil Berhenti sekolah dan Sijil-sijil yang berkaitan yang diakui sah

Semua Salinan dokumen tersebut hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A / Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret / Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.

(c) Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut :

PEJABAT DAERAH TANGKAK,
JALAN DATARAN 2,
84900 TANGKAK,
JOHOR


4. Catatan:

(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga

(b) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA

(c) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 16 April 2023 (Jam 12:00 tengah hari)




Jawatan Kosong 2023 di Pejabat Daerah Tangkak

Latar Belakang

Daerah Tangkak adalah sebuah daerah di negeri Johor, Malaysia. Ibu daerah Tangkak ialah Bandar Tangkak. Sebelum ini Daerah Tangkak dikenali sebagai kawasan Muar Utara. Asalnya daerah ini adalah bahagian utara daerah Muar yang dipisahkan dengan bahagian selatan oleh Sungai Muar. Daerah Tangkak merangkumi bandar Tangkak, Tanjung Agas, Sungai Mati, Kesang, Serom, Sagil, Bukit Gambir dan Kundang.

Daerah Tangkak secara rasminya telah menjadi daerah baru pada 9 Jun 2008 dan dirasmikan oleh Sultan Johor pada ketika itu, Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail. Pada asalnya, nama daerah ini ialah daerah Ledang. Nama tersebut telah diambil bersempena dengan nama Gunung Ledang, gunung tertinggi di negeri Johor. Kemudian, pada 7 Disember 2015, Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar telah memberi perkenan nama "Tangkak" bagi menggantikan nama daerah Ledang

Post a Comment