Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) - 15 Mei 2023

Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)


Jawatan:

1. PENOLONG EKSEKUTIF (GEOPARK)

Kadar Upah:
RM2,200.00 Sebulan

Syarat Lantikan:

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Kelayakan Akademik:

1. Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang Kaji Bumi, Geofizik, Fizik (Geofizik), Kaji Bumi (Geofizik) atau Kimia yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan tersebut.

Deskripsi Tugas Utama:

Merancang dan melaksanakan tugas utama berkaitan warisan geologi Langkawi yang merangkumi penyelidikan secara berterusan bagi memastikan kelestarian sumber selaras dengan konsep pembangunan lestari yang diterima pakai oleh Geopark. Menyelaras dan melaksanakan inisiatif dan program bagi memastikan Langkawi mengekalkan status “green card” bagi Penilaian Semula Status Langkawi UNESCO Global Geopark.  


2. Cara Memohon:

Borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di alamat www.lada.gov.my.

a) Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan seperti berikut:

(i) Kad Pengenalan;
(ii) Sijil Kelahiran;
(iii) Sijil Berhenti Sekolah;
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
(v) Sijil Akademik berkaitan.

b) Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis (PENOLONG EKSEKUTIF GEOPARK) di sebelah kiri sampul. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi talian 04-9600600 dan permohonan yang telah lengkap diisi serta ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan)

c) Borang permohonan yang lengkap juga boleh dikemukakan melalui e-mel hrsupport@lada.gov.my dan disertakan sijil-sijil kelayakan akademik.


3. Permohonan Yang Ditolak

a) Borang permohonan yang tidak lengkap seperti berikut tidak akan dipertimbangkan:

(i) Tidak disertakan gambar terbaru yang berukuran passport seperti ditetapkan;

(ii) Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan seperti di para 2 (a);

(iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

(iv) Tidak menandatangani borang permohonan; dan

(v) Mengemukakan maklumat palsu.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Mei 2023 (Isnin)





Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Latar Belakang

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) diperbadanankan di bawah Akta Parlimen untuk membangunkan Pulau Langkawi serta memajukannya sebagai Destinasi Pelancongan Antarabangsa.

Ditubuhkan pada 15 Mac 1990 dan diletakkan di bawah tanggungjawab Perbendaharaan Malaysia. Mendapat sokongan daripada YB Menteri Kewangan II dan YAB Menteri Besar Kedah dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah. Mengutamakan pembangunan bersepadu melalui perancangan strategik, amalan pengurusan terbaik dan kolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan, industri dan pemimpin masyarakat.