Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) - 31 Mei 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)


Jawatan:

1. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19

Jadual Gaji : Gred KP19
Min.  :  RM1,360.00 
Max. :RM 4,052.00
Kadar Kenaikan Tahunan : RM 100.00
Elaun:
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 115.00
ImbuhanTetap Perumahan : RM 300.00
Bantuan Sara Hidup : RM 200.00

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; 

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau 

(ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau 

(iii)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau 

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80). dan 

(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut: 
⦁ tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
⦁ berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;  mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26; 

(iii) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).

⦁ lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata; 
⦁ pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan 
⦁ diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar. 

2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(c)(i), 1(c)(iii) atau 1(c)(i) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

3. Deskripsi Tugas:

Membantu menguatkuasakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta Undang-Undang Kecil bagi mendidik dan memastikan orang awam mematuhi Undang-Undang dan Peratuaran yang dikuatkuasakan.


2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

Jadual Gaji : Gred KP19
Min.  :  RM1,352.00
Max. : RM 4,003.00
Kadar Kenaikan Tahunan : RM 100.00
Elaun:
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 115.00
ImbuhanTetap Perumahan : RM 300.00
Bantuan Sara Hidup : RM 200.00

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur  tidak  kurang dari  18  tahun  pada  tarikh  tutup  iklan

(c) Sijil   Pelajaran   Malaysia   atau    kelayakan    yang   diiktiraf   setaraf dengannya  oleh  Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang    diiktiraf 
setaraf dengannya. 
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

(ii) Sijil  Pelajaran  Malaysia  atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya   oleh   Kerajaan   serta   Sijil  Kemahiran  Malaysia Tahap   3   dalam   bidang    berkaitan   atau   kelayakan  yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/SijilVokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

⦁ Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan kejawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(i) Mempunyai kelayakan di perenggan (i) (c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(iii) had umur pelantikan:

b. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

c. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(i) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

4. Deskripsi Tugas:

Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.


3. PEGAWAI TADBIR GRED N41 (PERANCANG BANDAR)

Jadual Gaji : Gred KP19
Min.  : RM2,080.00
Max. : RM9,546.00
Kadar Kenaikan Tahunan : RM 2250.00
Elaun:
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 400.00
ImbuhanTetap Perumahan : RM 300.00
Bantuan Sara Hidup : RM 200.00

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c)⦁ Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

⦁ Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

⦁ Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

⦁ Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam geografi, ekonomi, sains sosial, antropologi atau perangkaan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta Ijazah Sarjana atau Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

⦁ Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam serta Ijazah Sarjana Atau Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

⦁ Ijazah Sarjana Muda Seni Bina serta Ijazah Sarjana atau Diploma Lepas Ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

2. Deskripsi Tugas:

Merancang, menyedia, menyelia dan menyelaras kajian rancangan pembangunan dan pelan-pelan pembangunan serta membuat laporan teknikal dan memberi nasihat perancangan termasuk pelan tata-atur.


4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)

Jadual Gaji : Gred KP19
Min.  : RM1,353.00
Max. : RM 4,005.00
Kadar Kenaikan Tahunan : RM 100.00
Elaun:
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 115.00
ImbuhanTetap Perumahan : RM 300.00
Bantuan Sara Hidup : RM 200.00

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur  tidak  kurangdari  18  tahun  pada  tarikh  tutup  iklan

(c) (i)  Sijil   Pelajaran   Malaysia   atau    kelayakan    yang   diiktiraf   setaraf dengannya  oleh  Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil  Pelajaran  Malaysia  atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya   oleh   Kerajaan   serta  Sijil  Kemahiran  Malaysia Tahap   2   dalam   bidang    berkaitan   atau   kelayakan  yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40).

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80); atau

(v) Sijil  Pelajaran  Malaysia  atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya   oleh   Kerajaan   serta  Sijil  Kemahiran  Malaysia Tahap   3   dalam   bidang    berkaitan   atau   kelayakan  yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman.


Cara memohon:

⦁ Permohonan jawatan yang ditawarkan hendaklah dipohon melalui sistem permohonan jawatan kosong di digital.perak.my/perjawatan/ @  klik melalui link yang admin sediakan di bawah.

⦁ Permohonan daripada calon-calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan / Badan-badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing berdasarkan Perintah Am Bab ‘A’ 21. 

Catatan Am:

⦁ Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga.

⦁ Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

⦁ Segala perbelanjaan dan tuntutan bersabit dengan permohonan ini tidak akan ditanggung oleh pihak Majlis Daerah Batu Gajah.


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mei 2023 (Rabu)




Jawatan Kosong di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)

Latar Belakang

Majlis Daerah Kinta Barat (MDKB) ditubuhkan pada 01 September 1979 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Pada 26 Mac 2009, MDKB ditukar nama kepada Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG).  Keluasan kawasan pentadbiran MDBG sehingga Disember 2017 berjumlah lebih kurang 67,470 hektar  dengan jumlah penduduk kira-kira seramai 133,422 orang. Pusat Pentadbiran MDBG terletak di Bandar Batu Gajah dan mempunyai 3 buah pejabat cawangan iaitu Pekan Pusing, Pekan Tronoh dan Pekan Tg. Tualang. Ia bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran disamping melaksanakan kawalan yang lebih komited ke atas segala aspek pembersihan dan pembangunan bandar.

Sebagai sebuah organisasi yang diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), MDBG juga bertanggungjawab di dalam Perancangan dan Pembangunan kawasan pentadbirannya bagi mewujudkan dan melahirkan satu corak kehidupan masyarakat yang sejahtera, berbudaya, dan berilmu demi menuju ke arah alaf  akan datang. Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah meliputi lima mukim iaitu Sg. Terap, Belanja, Tg.Tualang, dan sebahagian Sg.Raia dan Hulu Kinta. Kawasan pentadbiran utama ialah di Batu Gajah dimana terletaknya pejabat MDBG di Jalan Hj Abd Wahab, manakala bandar lain pula ialah Tg.Tualang, Pusing, Tronoh, Papan, Sg. Durian, Siputeh dan Sg.Raia.

Post a Comment