Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) - 19 Mei 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)


Jawatan:

1. PELUKIS PELAN(KEJURUTERAAN AWAM/PENOLONG JURUTERA) GRED JA29

Jadual Gaji & Elaun:
Minimum - RM1,549.00
Maksimum - RM5,701.00
Kenaikan Gaji Tahunan - RM145.00 
ITKA - RM16.00
ITP - RM300.00
BSH - RM300.00

Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b)  berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

d) (i) Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau

(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ; (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02); atau

(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penguasa Bekalan Air, Pembantu Kemahiran, Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, AB22 dan AB26, Penjaga Jentera Elektrik dan Merinyu Tali Air adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred JA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(d); atau

(ii)  lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Taraf Jawatan : Tetap
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan


2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) GRED N19 - 2 Kekosongan

Jadual Gaji & Elaun:
Minimum - RM1,352.00
Maksimum - RM4,003.00
Kenaikan Gaji Tahunan - RM 100.00
ITKA - RM115.00
ITP - RM300.00
BSH - RM300.00

Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b)  berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00; atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Taraf Jawatan : Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan sokongan


Cara-cara Memohon:

1. Semua permohonan jawatan DIMESTIKAN menggunakan Sistem Permohonan Perjawatan secara atas talian bagi mengisi Borang Permohonan Perjawatan dengan melayari portal.mpag.qgov.my/emchon/ dan klik di pautan yang disediakan dengan mendaftar masuk sebagai pengguna dan terus login ke borang permohonan. (link admin ada sediakan di bawah)

2. Pemohon mestilah memenuhi syarat lantikan yang telah ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon sebelum memohon jawatan. Skim perkhidmatan boleh dirujuk dengan klik pada pautan iklan jawatan kosong di laman web MPAG.

3. Pemohon dari kalangan pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/ Badan - Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan dikehendaki mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan mengisi borang Pengesahan Ketua Jabatan di LAMPIRAN A.

4. Permohonan yang TIDAK dibuat menerusi Sistem Permohonan Jawatan secara atas talian akan DITOLAK.

5. Pemohon dinasihatkan untuk membaca dengan teliti Arahan Pengisian sebelum memohon jawatan. Pemohon DIMESTIKAN memuat naik gambar terkini berukuran pasport, kad pengenalan dan dokumen sckongan akademik yang berkaitan dengan kelayakan jawatan dipohon yang telah disahkan dengan ukuran tidak melebihi 2MB. Kegagalan mengisi maklumat dengan lengkap serta tidak memuat naik dokumen sokongan boleh menyebabkan permohonan calon DITOLAK.

6. ljazah/ Diploma/ Sijil yang diberi pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia sebelum Januari 2017 boleh disemak menerusi Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) melalui capaian https.//app.mohe.gov.my/iktiraf./semakan.php, manakala Program yang diberi pengiktirafan Kerajaan mulai Januari 2017, boleh disemak pada Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysia Qualifications Register, MQR) melalui capaian http./www2.mqa.gov.my/mqr/ dan melampirkannya bersama borang permohonan.


Catatan Am:

1. Permohonan hendaklah sampai ke MPAG sebelum/ pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

3. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup
iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

4. Pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah berhak memilih mana-mana calon yang difikirkan layak dan bersesuaian. Keputusan adalah muktamad.

5. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kemahiran dan berpengalaman dengan jawatan yang dipohon.

6. Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.


*Sila baca iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 19 Mei 2023 (Jumaat)





Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)

Latar Belakang

Majlis Perbandaran Alor Gajah merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berorientasikan perkhidmatan rakyat merupakan penggerak utama di dalam menjadikan Alor Gajah sebagai daerah yang maju dan indah. Pembangunan kawasan pentadbirannya telah maju serentak dengan pembangunan keseluruhan negeri Melaka dengan penekanan utama dari sektor-sektor perindustrian, pelancongan dan pertanian. Kewujudan insfrastruktur turut mempercepatkan aliran masuk para pelabur tempatan dan para pelabur asing untuk menanam modal dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Adalah menjadi harapan Majlis Perbandaran Alor Gajah untuk memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada masyarakat di bawah kawasan tadbirnya. Justeru itu, Majlis Perbandaran Alor Gajah akan memaksimakan segala usaha-usaha untuk membangunkan daerah bagi mencapai kemajuan dan kemakmuran.

Post a Comment