Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Unit Strategik Modal Insan Johor - 22 Mei 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Unit Strategik Modal Insan Johor |Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Unit Strategik Modal Insan Johor


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR N41

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2283.43
Gaji Maksimum : RM9546.00

Elaun:
ITKA : RM300.00
Elaun Sara Hidup : RM300.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

c) (i) ljazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaiji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau

(ii) ljazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).

DAN

d) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

e) Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam melaksanakan kajian kerja-kerja analisa laporan penyelidikan dan pelaksanaan kursus-kursus.

f) Keutamaan kepada calon yang latar belakang dalam bidang:

i) Sosial dan kemanusiaan
ii) Pengurusan
ii) Pentadbiran perniagaan
iv) Teknologi Maklumat

Taraf Jawatan : Taraf jawatan adalah KONTRAK DUA TAHUN


Cara Membuat Permohonan:

1) Permohonan hendaklah dengan menggunakan borang permohonan jawatan Unit Strategik Modal Insan Johor yang beralamat seperti di bawah atau muat turun dari Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Johor iaitu http://www.johor.cov.my/ dan Laman Rasmi FB Unit Strategik Modal Insan Johor @ melalui link yang admin sediakan di bawah.

2) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terkini berukuran paspot dan dokumen-dokumen yang diakui sah sebagaimana berikut:

i. Sijil Kelahiran;
i. Kad Pengenalan;
ii. Sijil Berhenti Sekolah;
iv. Salinan sijil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) [Diploma /STPM/ ljazah dan sebagainya;
v. Resume
vi. Lain-lain dokumen sokongan

3) Sila nyatakan jawatan yang dipochon di kiri sebelah atas sampul surat berkenaan semasa mengembalikan borang permohonan

4) Borang permohonan yang lengkap dan salinan dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

UNIT STRATEGIK MODAL INSAN JOHOR
NO.2, JALAN ISKANDAR PUTRI 1/3,
TAMAN NUSANTARA PRIMA,
79200 ISKANDAR PUTERI, JOHOR
(u/p : PENGURUS BESAR, UNIT STRATEGIK MODAL INSAN JOHOR)


D. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tertanggung atas calon-calon sendiri. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 2 bulan dari tarikh tamat iklan dianggap TIDAK BERJAYA.

PENGURUS BESAR,
UNIT STRATEGIK MODAL INSAN JOHOR
NO.2, JALAN ISKANAR PUTRI 1/3,
TAMAN NUSANTARA PRIMA,
79200 ISKANDAR PUTERI, JOHOR


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 22 Mei 2023 (12.00 Tengahari)


Klik Muatturun Iklan Lengkap & Borang Permohonan


Jawatan Kosong 2021 di Unit Strategik Modal Insan Johor

Latar Belakang

Kerajaan Negeri Johor merujuk kepada pihak berkuasa kerajaan negeri Johor. Kerajaan negeri mematuhi dan diwujudkan oleh kedua-dua Perlembagaan Persekutuan Malaysia, undang-undang tertinggi Malaysia, dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor, undang-undang tertinggi di Johor. Kerajaan Johor berpusat di pusat pentadbiran negeri, Kota Iskandar, Iskandar Puteri.

Kerajaan negeri terdiri daripada hanya dua cawangan - eksekutif dan perundangan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor membentuk cawangan eksekutif, manakala Dewan Negeri Johor adalah badan perundangan kerajaan negeri. Ketua kerajaan Johor ialah Menteri Besar. Kerajaan negeri tidak mempunyai cawangan kehakiman, memandangkan sistem kehakiman Malaysia ialah sistem federalis yang beroperasi seragam di seluruh negara.

Post a Comment