Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis - 19 Mei 2023

Jawatan Kosong 2023 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis


Jawatan:

1. JURUTEKNIK KOMPUTER - SETARA GRED : GRED 19
Contract For Services


a) Jawatan : Juruteknik Komputer
b) Setara Gred : Gred 19
c) Jabatan : Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
d) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
e) Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat

2. Jadual Gaji : RM1,377.00 dan Elaun Khas


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

i. Warganegara Malaysia;

ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

iv. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat-syarat Tambahan Lantikan:

i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki sijil dalam bidang TEKNOLOGI MAKLUMAT atau PEMPROSESAN DATA yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Kolej Komuniti Tempatan / Politeknik Tempatan / Kolej-Kolej Swasta (IPTS) atau kelulusan setaraf denganya; ATAU

ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki sijil dalam bidang KEJURUTERAAN KOMPUTER yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Kolej Komuniti Tempatan / Politeknik Tempatan / Kolej-Kolej Swasta (IPTS) atau kelulusan setaraf denganya.

5. Taraf Jawatan : Kontrak (Contract For Service)


6. Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat

Kontrak selama satu (1) tahun seperti mana yang telah dipersetujui di dalam perjanjian kontrak dan tertakluk kepada keputusan Kerajaan Negeri bagi penyambungan kontrak.


7. Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas adalah seperti berikut :

i. Melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan ICT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi pengkomputeran dan operasi sistem di jabatan.

ii. Membantu mengenal pasti dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan perkakasan, rangkaian, sistem pengoperasian dan perisian komputer di jabatan.

iii. Melakukan pemeriksaan terhadap perkakasan Sistem iSPEKS di Data Centre (DC) dan Data Recovery Centre (DRC) Negeri secara berkala.

iv. Membantu mengawal selia kerja-kerja penyelenggaraan perkakasan ICT dan Sistem iSPEKS oleh pihak vendor.

v. Membantu memastikan semua kakitangan di jabatan mematuhi garis panduan (DKICT) dan tatacara penggunaan komputer.

vi. Membantu memastikan kawalan akses, keselamatan dan persekitaran di bilik server dan rangkaian jabatan dipatuhi dan berada di tahap yang memuaskan.

vii. Melakukan kerka-kerja baik pulih dan penyelenggaraan komputer yang rosak, proses backup dan replikasi maklumat serta bebas virus.


Permohonan:

Permohonan hendaklah mengemukakan resume pemohon melalui emel hrsukperlis01@gmail.com atau dihantar terus ke alamat seperti berikut :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Aras 2, Blok B Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
Persiaran Wawasan
01000 Kangar
Perlis
Calon yang layak dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk temuduga pada tarikh yang akan ditentukan kelak. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pihak urusetia di talian 04-9738934 atau 04-9738862.


Tarikh Tutup Permohonan : 19 Mei 2023 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang.




Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Profil

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah ditubuhkan pada tahun 1938, pada era kolonial Inggeris di Tanah Melayu. Ketika itu ia dikenali sebagai Pejabat British yang bertanggungjawab untuk mengendalikan hal ehwal Pentadbiran Kolonial British di Negeri Perlis. Anak Melayu pertama yang telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis ialah Yang Berhormat Tuan Osman bin Talib yang berkhidmat pada 1 Febuari 1948 hingga 19 November 1949.