Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak - 31 Mei 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang merupakan anak kelahiran Negeri Sarawak atau yang bermastautin di Sarawak atau penduduk tetap Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak


Jawatan:

1. PEMBANTU SYARIAH, GRED LS19


Syarat-syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:

- Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan

- Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
(Gaji permulaan: RM1,355.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM1,411.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM1,467.80).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Skim Perkhidmatan:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Syariah, Gred LS19, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


Cara memohon:

Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan  boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web ini.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mei 2023 (Rabu)


Jawatan Kosong Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak

Tentang kami

Mahkamah Melayu Sarawak telah mengendalikan urusan kekeluargaan berdasarkan Undang-undang Mahkamah Melayu Sarawak 1915 dan pindaan 1956, yang terdapat beberapa kelemahan di dalam undang-undang tersebut.Pada tahun 1978, Mahkamah Syariah telah ditubuhkan di bawah Undang-undang (Pemerbadanan) Majlis Islam Sarawak.

Pada 1 Mac 1985, Undang-undang Order 1985 telah dikuatkuasakan. Atas keperihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam usaha untuk mempertingkatkan kedudukan dan martabat Islam, Mahkamah Syariah telah dipisahkan pentadbirannya daripada Majlis Islam Sarawak.Pada 2 Oktober 1990, tertubuhlah Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak

Post a Comment