Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Tabung Haji - 6 Jun 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Tabung Haji | Permohonan adalah dipelawa daripadaWarganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Tabung Haji


Jawatan:

1. EKSEKUTIF HAL EHWAL ISLAM

Sebagai Eksekutif Hal Ehwal Islam, anda bertanggungjawab melaksana dan menyelesaikan gerak kerja program/aktiviti berpandukan nilai teras TH ke arah melahirkan profesional mukmin di kalangan Anggota TH. Anda perlu memastikan segala prosedur dan proses gerak kerja melibatkan urusan Kewangan dan Pentadbiran dipatuhi untuk mencapai kepuasan pelanggan.

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam/Pengurusan/ Pengajian Al-Quran Wal Qiraat/ Pengajian Islam Dalam Dan Luar Negara atau setaraf.
  • Minimum 3 tahun pengalaman dalam pengurusan Hal Ehwal Islam dan Pengurusan Masjid.
  • Menguasaiilmu pengajian Al Quran dan Fardhu Ain.
  • Berpengalaman mengendalikan aktiviti serta program berbentuk kerohanian dan ilmiah.
  • Boleh berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dengan baik.
  • Mahir menggunakan Microsoft Office seperti Excel dan PowerPoint.


2. KERANI HAL EHWAL ISLAM

Sebagai Kerani Hal Ehwal Islam, anda bertanggungjawab membantu dan mengemaskini segala urusan Pentadbiran. Anda juga terlibat secara langsung dalam melaksanakan dan memastikan setiap aktiviti yang dirancang berjalan lancar dengan Pengurusan Kewangan yang optimum berpandukan prinsip profesional mukmin dalam Nilai Teras TH.

  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau setaraf.
  • Minimum 3-5 tahun pengalaman dalam menjadi imam dan bilal.
  • Menguasai ilmu penggjian Al Quran dan Fardhu Ain. Berpengalaman dalam Pentadbiran Hal Ehwal Islam.
  • Berpengalaman dalam Pentadbiran Hal Ehwal Islam.
  • Pengucapan awam dan alunan sudra azan yang baik.
  • Boleh berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu dengan baik. Kebolehan Berbahasa Arab dan Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan.
  • Mahir menggunakan Microsoft Office seperti Excel dan PowerPoint.

Tarikh Tutup Permohonan : 06 Jun 2023 (Selasa)


*Sila baca arahan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.




Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Tabung Haji

Pengenalan

Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebuah Institusi Kewangan Islam unggul di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1963,TH mempunyai lebih 50 tahun pengalaman dalam Deposit, Perkhidmatan & Operasi Haji dan Pelaburan. Sebagai sebuah Pengurus Dana Islam terbesar negara dengan dana melebihi RM62 bilion, TH berusaha untuk memperkasakan ekonomi umat Islam di Malaysia dengan memanfaatkan dana dan sumber sedia ada.

TH menumpukan kepada perkhidmatan haji yang cemerlang dan memuaskan kepada semua Jemaah Haji Malaysia. Pencapaian TH yang konsisten telah mendapat pengiktirafan dunia dan menjadi contoh pengurusan haji dan perkhidmatan kewangan Islam yang inovatif oleh kebanyakan Negara Islam di dunia.

TH terus mengukuhkan kedudukannya di pasaran, baik di dalam negara dan di arena antarabangsa dengan menceburi bidang pelaburan di beberapa sektor seperti perladangan, pembangunan hartanah dan pembinaan, kewangan Islam, teknologi maklumat, minyak dan gas dan hospitaliti. Dengan keuntungan bersih melebihi RM3 bilion, TH mampu memberi pulangan yang kompetitif kepada pemegang kepentingannya setiap tahun.

Post a Comment