Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB) - 2 Jun 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Tenaga Nasional Berhad (TNB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Tenaga Nasional Berhad


Jawatan:

1. TECHNICIAN (CHEMIST), GRED KT3

Butiran Jawatan:
Gaji Pokok : RM2,050 sebulan
Elaun Elektrik : RM85.00 sebulan

Syarat / Kelayakan:
• Warganegara Malaysia (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak - Anak Syarikat TNB)

• Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan lulus enam (6) mata pelajaran termasuk kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran berikut:

1. Bahasa Inggeris
2. Matematik

•  Mempunyai Diploma dari Politeknik tempatan dan Universiti-Universiti yang diiktiraf oleh kerajaan ( Malaysian Qualifications Agency (MQA)) dengan keputusan minimum CGPA 2.50 dalam bidang seperti berikut :-

1. Diploma Sains Kimia / Kejuruteraan Kimia / Teknologi Kejuruteraan Kimia / Kimia Perindustrian atau mana-mana bidang berkaitan Kimia

• Boleh untuk ditempatkan di mana-mana negeri seluruh Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak

• Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan.

• Mempunyai tahap kesihatan yang baik dengan BMI (Body Mass Index) tidak melebihi 30 serta tidak menghidap sebarang penyakit.

• Tidak rabun warna.

• Tidak merokok/ sebarang bentuk rokok elektronik.

• Boleh bekerja secara bersendirian atau dalam satu pasukan

Maklumat Lanjut:

Lantikan adalah di bawah Terma & Syarat TNB Power Generation Sdn. Bhd. (GenCo)

Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui link atau permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.

Job Segment: Scientific, Chemist, Chemistry, Scientist, Engineering, Science


Tarikh tutup permohonan : 02 Jun 2023 (Jumaat)



2. EKSEKUTIF (TETAP / KONTRAK)

Butiran Gaji & Elaun:

Gaji Pokok : RM3,100 / RM3,200 (sebulan)
Elaun Pengangkutan : RM300.00 Sebulan
Elaun Eksekutif : RM120.00 Sebulan
Elaun Elektrik : RM85.00 Sebulan

Syarat & Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak - Anak Syarikat TNB)

2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dengan lulus enam (6) mata pelajaran termasuk kepujian dalam Bahasa Malaysia.

3. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari Universiti-Universiti yang diiktiraf oleh kerajaan (Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Malaysian Qualifications Agency (MQA) / Engineering Accreditation Council / Engineering Technology Accreditation Council) dengan keputusan minimum CGPA3.00 dalam bidang seperti berikut:-

Ijazah Perakaunan (Accountancy) / Kewangan (Finance) / Ekonomi / Statistik. Ijazah dalam Kejuruteraan Elektrik (Majoring dalam bidang Elektrik Kuasa adalah diberi keutamaan). Ijazah dalam Kejuruteraan Awam (Civil). Ijazah dalam Kejuruteraan Mekanikal. Ijazah dalam Teknologi Kejuruteraan - Kuasa Elektrik / Perindustrian. Telekomunikasi / Sistem Komputer / Teknologi Penyelenggaraan / Tenaga Alam Sekitar / Pengurusan Rantaian Bekalan / Komunikasi Data. Ijazah dalam Teknologi Maklumat (IT) / Sains Komputer (CS) / Analisis Keselamatan Maklumat / Komputer & Keselamatan / Kejuruteraan Maklumat dan Rangkaian Komputer & Rangkaian / Kejuruteraan Perisian / Pengkomputeran Rangkaian / Sistem Maklumat. Ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan (Business Admin) (Majoring dalam Mass Communication / Pemasaran (Marketing) / Perkhidmatan Pelanggan / Peruncitan (Retail) adalah diberi keutamaan).

4. Boleh untuk ditempatkan di mana-mana negeri seluruh Malaysia .

5. Berkomunikasi dengan baik secara lisan atau bertulis dalam Bahasa Melayu dan English.

6. Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan.

7. Mempunyai tahap kesihatan yang baik dengan BMI (Body Mass Index) yang ideal.

8. Boleh bekerja secara bersendirian atau dalam satu pasukan

* Bagi pemohon yang mempunyai bon biasiswa, perjanjian bertulis daripada penaja untuk pelepasan untuk bekerja dengan TNB adalah wajib dan perlu dikemukakan semasa sesi temu duga (kecuali daripada Yayasan Tenaga Nasional).

Tarikh tutup permohonan : 29 Mei 2023 (Isnin)


Cara memohon:

1. Semua permohonan pengisian jawatan melalui iklan perlu dibuat secara ‘on-line’. melalui

laman web https://jobs.tnb.com.my/ atau
laman web https://www.tnb.com.my/about-tnb/  >>ELECTRIFYINGCAREERS
    
2. Permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

*Sila rujuk syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah




Jawatan Kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Company Overview

Tenaga Nasional Berhad (disingkatkan sebagai TNB atau didagangkan sebagai Tenaga Nasional; TENA, MYX: 5347) adalah syarikat bekalan elektrik yang terbesar di Malaysia. Aset perniagaannya adalah sejumlah RM 60.0 billion. Bilangan pelanggan adalah lebih 6 juta akaun di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Perniagaannya terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga adalah pengendali Grid Nasional, iaitu talian penghantar elektrik ke seluruh negara. Talian ini terdiri dari talian 132 kV, 275 kV dan 500 kV.

Post a Comment