Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang - 30 Mei 2023

Post a Comment

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang


Jawatan Pentadbiran:

1. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19

Jadual Gaji:
Minimum : RM1,353.00 - RM4,005.00 (Maksimum)

Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) Warganegera Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19 : RM1,353.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19 : RM1,409.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19 : RM1,409.40); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19 : RM1,465.80); atau

(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19 : RM1,465.80).


Jawatan Akademik:

1. PROFESOR VK7
Pensyarah UiTM RM 7,676.00 RM 20,592.00

2. PROFESOR MADYA DM53
Pensyarah UiTM RM 6,162.00 RM 13,235.00

3. PENSYARAH KANAN DM51
Pensyarah UiTM RM 5,855.00 RM 12,445.00

4. PENSYARAH DM45
Pensyarah UiTM RM 3,070.00 RM 11,095.00


FAKULTI 
Kolej Pengajian Sains Komputeran , Informatik & Media
BIDANG PENGAJARAN
Sains Komputer

FAKULTI 
Pengurusan & Perniagaan
BIDANG PENGAJARAN
Ekonomi


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:


Kelayakan Pensyarah UiTM

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan


Kelayakan Lantikan Ke Gred DM45

(c) (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau

(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,380.37)


Kelayakan Lantikan Ke Gred DM51

(d) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);

 dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM51 : RM5,855.00)


Kelayakan Lantikan Ke Gred DM53 (Profesor Madya)

(e) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);

dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM53 : RM6,162.00)


Kelayakan Lantikan Ke Gred Khas C (Profesor VK7)

(f) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);

dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred VK7 : RM7,676.00)



Cara Mohon:

(a) Permohonan bagi kedua-dua jenis jawatan di atas adalah berlainan. Sila baca terlebih cara membuat permohonan sebelum memohon melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 30 Mei 2023 (Selasa)





Jawatan Kosong 2021 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang

History

Alasan upacara anggaran RM26 juta kampus tetap untuk ITM Cawangan Pahang pecah telah dilakukan oleh Menteri Besar YB Dato Seri Haji Khalil Yaakob pada 22 Ogos 1988. Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan 1000 ekar tanah di Bandar Pusat Jengka, dalam daerah Maran, untuk menjadi tapak untuk kampus tetap yang akan dibina. Kampus ini dibina dalam dua fasa, fasa awal untuk menampung 2500 pelajar dan akhirnya kampus, dengan kemudahan lengkap dan infrastruktur, dapat menampung 4500 pelajar.

Post a Comment