Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - 28 Jun 2023

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) | Universiti Sains Islam Malaysia sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang berikut:


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

3. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19

4. PEMBANTU KESELAMATAN KP19

5. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP29

6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

7. PEMBANTU AKAUNTAN W19

8. PEGAWAI TADBIR N41

9. PEMANDU KENDERAAN H11


Cara Memohon:

1) Semua permohonan adalah secara dalam talian menerusi hebahan iklan di laman web http://www.usim.edu.my (link admin ada sediakan di bawah) mulai 15 Jun 2023 (Khamis). 

2) Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sejumlah RM10.00 melalui sistem mypayment.

3) Panduan permohonan dan maklumat terperinci tentang jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.

4) Permohonan yang tidak menerima sebarang maklumbalas selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dikategorikan sebagai tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan sila hubungi urus setia di talian 06-798 8113/8125 atau e-mel ke: norazah@usim.edu.my (Norazah Md Yusup) / noorjannah@usim.edu.my (Noor Jannah Noorzan) / munirah@usim.edu.my (Siti Munirah Mohd Kamizi).


*Sila rujuk syarat kelayakan sebelum memohon melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 28 Jun 2023 (Rabu).




Jawatan Kosong di Universiti Sains Islam Malaysia USIM-banyakjawatan

Sejarah Penubuhan USIM

Gagasan penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi Islam sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah usaha kerajaan untuk menampung kekurangan intelek yang menguasai ilmu Islam. Pengumuman awal cadangan penubuhan ini telah  dibuat oleh Menteri Pendidikan ketika itu Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasir Puteh, Kelantan, pada 14 Jun 1996.