Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) - 7 Ogos 2023 [32 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO)


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH SARJANA MUDA / BEKAS ANGGOTA POLIS ATAU TENTERA

1. PEGAWAI KESELAMATAN GRED KP41 - 32 Kekosongan


Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM 2,081.00
Gaji Maksimum : RM 9,547.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 225.00

Syarat Lantikan:

Kelayakan Lantikan Ke Gred KP41 :

 Kelayakan Masuk : Ijazah Sarjana Muda
Bidang/Kelayakan Khusus : ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan : KP41: RM2,081.00

 ATAU

Kelayakan Masuk : Bekas Polis atau Bekas Tentera
Bidang/Kelayakan Khusus : bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
Gaji Permulaan : KP41: RM2,081.00

 ATAU

Kelayakan Masuk : Ijazah Sarjana Muda Kepujian
Bidang/Kelayakan Khusus : ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan : KP41: RM2,285.00


Semua kekosongan jawatan adalah di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 07 Ogos 2023 (Isnin) jam 11:59 malam




Jawatan Kosong di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO)

Latar Belakang

Pegawai Keselamatan Kerajaan telah dilantik untuk bertanggungjwab kepada Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri melalui terma rujukan Pegawai Keselamatan Kerajaan bertarikh 15 Jun 1957 dan "Confidential General Circular No. 1, of 1958, Goverment Security Officer, Federation of Malaya". Tugas utama jawatan ini ialah memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan kepada Kerajaan Negeri, Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan dengan tujuan untuk membantu mengekalkan tahap keselamatan fizikal, keselamatan dokumen dan keselamatan personel di semua agensi kerajaan yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa bagi melindungi terhadap espionaj dan sabotaj serta daripada kebocoran maklumat tanpa kebenaran daripada semua Jabatan dan agensi Kerajaan. Pejabat ini telah berpindah ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri apabila kementerian tersebut di tubuhkan pada awal tahun 1960an. Pejabat ini telah sekali lagi berpindah semula ke Jabatan Perdana Menteri mulai pada 1 Januari 1977 hinggalah sekarang untuk melaksanakan semula tugas dan tanggungjawab berkaitan keselamatan perlindungan seperti mana di tetapkan.