Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - 26 Julai 2023

Jawatan Kosong 2023 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN) GRED N19

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,488.00
Gaji Maksimum : RM4,230.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Elaun:
i. Khas : RM115.00
ii. Perumahan : RM300.00
iii. Bantuan Sara Hidup : RM350.00


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:

- Warganegara Malaysia;

- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) atau atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh IKIM; atau

- Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada 2 tahun di dalam bidang pentadbiran pejabat di sektor awam atau swasta;

- Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, kemahiran komunikasi yang baik, pengalaman bekerja dan berkemahiran di dalam pentadbiran pejabat; serta

- Kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Bidang Tugas:

Membantu Ketua Unit Editorial dalam urusan dokumentasi dan perkeranian serta kerja-kerja berkaitan pentadbiran pejabat.


Cara Permohonan:
 
(a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan, keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Modal Insan)
Tel: 03-62046374 

(b) Salinan  sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu.

(c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat.

(d) Permohonan hendaklah sampai ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 26 Julai 2023 sebelum jam 5.00 petang.

(e) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses.


* Sila baca terlebih dahulu iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 26 Julai 2023 (Khamis) sebelum jam 5.00 petang




Jawatan Kosong 2022 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Latar Belakang

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan. Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.