Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) - 3 Ogos 2023 [11 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Jabatan Penerangan Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Penerangan Malaysia


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM : DIPLOMA / MATRIKULASI / STAM / STPM

1. PENOLONG PEGAWAI PENERBITAN GRED N29 - 11 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,493.00
Gaji Maksimum :  RM5,672.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

iii. Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM 1,493.00); atau)

iv. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)


Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Penerangan Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 03 Ogos 2023 (Khamis) jam 11:59 malam




Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Penerangan Malaysia

Latar Belakang

The Malayan Information Agency ditubuhkan pada tahun 1910 oleh The Government of the Federated Malay States dan pejabat operasi di Malaya House, Trafalgar Square, London. Tujuan utama agensi ialah menjalankan fungsi sebagai Trade Commissionership for Malaya untuk menarik minat dan menyediakan maklumat berkaitan perdagangan dan eksport Malaya. Agen Mr. V.A Lowinger, C.B.E  dan Timbalan Agen, Mr. E.Jago mengetuai tiga ahli Advisory Board yang berpengalaman dan pernah menetap lama di Malaya.