Jawatan Kosong 2023 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Jawatan:
1. PENSYARAH UNIVERSITI DS51
RM 5,855.00 – 12,445.00
Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) : RM 290.00
Imbuhan Tetap Keraian – RM 600.00
Imbuhan Tetap Perumahan – RM 700.00
Elaun Bantuan Sara Hidup – RM 150.00
Syarat – Syarat Umum:
a. Warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.
Syarat – Syarat Khusus:
a. Mempunyai kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
b. Mempunyai dedikasi yang tinggi sebagai pendidik, terlibat aktif dalam aktiviti penyelidikan perundingan dan penerbitan serta khidmat masyarakat.
Tarikh Tutup Permohonan : 27 Oktober 2023 (Jumaat)
Join Media Sosial Kami : Klik Sini
*Sila rujuk iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.
Latar Belakang
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun.
Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.
Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.