Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Jawatan:
KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH SARJANA MUDA
1. JURUTERA GRED J41 (AWAM) - 25 Kekosongan
Gaji Minimum : RM2,529.00
Gaji Maksimum : RM9,643.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
Tarikh Tutup Permohonan : 01 Ogos 2023 (Selasa) jam 11:59 malam
KELULUSAN MINIMUM: SIJIL / DIPLOMA
2. PENOLONG JURUTERA GRED JA29 (MEKANIKAL) - 25 Kekosongan
Gaji Minimum : RM1,549.00
Gaji Maksimum : RM5,701.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00
Tarikh Tutup Permohonan : 01 Ogos 2023 (Selasa) jam 11:59 malam
Latar Belakang
Sebelum pembentukan Jabatan parit dan Tali Air (JPT) pada tahun 1932, semua kerja yang berkaitan dengan parit dan tali air menjadi tanggungjawab Jabatan Kerja Raya Malaysia. Ekoran kemerosotan industri timah dan getah pada lewat tahun 1920-an dan keadaan beras yang menjadi semakin runcing di negara ini, Pesuruhjaya Tinggi British pada waktu itu melantik Jawatankuasa Penanaman Padi pada tahun 1930 untuk menentukan "langkah terbaik yang perlu diambil bagi menggalakkan penanaman padi di Tanah Melayu".
Post a Comment
Post a Comment