Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) - 16 Ogos 2023 [104 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM)


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM

1. AKAUNTAN GRED WA41 - 104 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,820.00
Gaji Maksimum : RM9,585.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00


Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c) (i)Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00); atau

(ii) lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan
(Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00); atau  

(iii) lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA)
(Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00).

Jawatan Kosong Kerajaan 2022 di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
 
   
Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab mereka bentuk, membangun dan melaksanakan sistem perakaunan kerajaan dengan baik. Memberi khidmat nasihat dan meluluskan sistem perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik. Memberi nasihat kepada pembuat keputusan berkaitan perakaunan dan kewangan.


Makluman:

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Pengenalan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah diwujudkan dengan jawatan Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. JANM bermula dari satu bangunan pejabat yang kecil bertempat di Bangunan Life Insurance Corporation of India di persimpangan Jalan Melaka dan Jalan Tun Perak (Mountbatten Road). Pejabat ini kemudiannya ditempatkan di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur dan seterusnya beroperasi di Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kini, JANM beroperasi di Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.

Sejak beberapa dekad yang lalu, peranan dan fungsi JANM telah mengalami beberapa perubahan selaras dengan perkembangan sektor awam.