Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia - 22 Ogos 2023 [164 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM : IJAZAH SARJANA MUDA

1. PENGUASA BOMBA GRED KB41 - 158 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,094.00
Gaji Maksimum : RM9,604.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan darpiada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,094.00); atau  
   
(ii) ijazah sarjan muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi penhajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred KB41 : RM2,300.73); atau  
   
(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,404.51); atau  
   
(iv) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,508.29); atau  
   
(v) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,612.07).  

dan  
   
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
dan  
   
 (e) lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan semasa ke semasa.

Jawatan Kosong 2023 Pegawai Bomba Bantuan (PBB)

KELULUSAN MINIMUM : DIPLOMA

2. PENOLONG PENGUASA BOMBA GRED KB29 - 6 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,814.00
Gaji Maksimum :  RM5,700.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

warganegara Malaysia;

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KB29: RM1,814.00);atau

Diploma dalam bidang kejuruteraan atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KB29: RM1,889.09).

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti berikut:
  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
  • dan
  • lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 22 Ogos 2023 (Selasa) jam 11:59 malam





Sejarah

Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan dibawah Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan terus berkembang di setiap negeri dan diletakkan dibawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar.

Pada tahun 1946, iaitu selepas perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Fire Services' telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri dibawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri masing-masing. Untuk menyelaraskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan dibawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.