Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak - 5 September 2023

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara Sarawak


Jawatan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang
berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,315.00); atau

(ii) Ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,522.44); atau

(iii) Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau
bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,833.78); atau

(iv) Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan
komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM3,145.11).


Jawatan Kosong 2022 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak


2. KESELAMATAN KP11

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau

(ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00).

Dan,

(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut;

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iv) Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

(v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

(vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 05 September 2023 (Selasa).




Latar Belakang

Bermula dengan empat program yang ditawarkan dan pengambilan awal sebanyak 94 orang pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak Kota Samarahan (UiTMKS) telah berjaya mengorak langkah yang lebih jauh. Kini, ia menawarkan 26 program bermula dari peringkat Sijil hingga ke peringkat Doktor Falsafah melalui pelbagai mod pengajaran samada secara sepenuh masa, pengajian luar kampus atau pengajian jarak jauh secara fleksibel (e-PJJ). Jumlah terkini pengambilan pelajar adalah kira-kira 4,000 bagi pelajar sepenuh masa, (80% menginap di hostel) dan 800 pelajar separuh masa.

UiTMKS sentiasa meletakkan kualiti sebagai batu asas strateginya. Sehingga kini, UiTM Sarawak telah menggarap beberapa anugerah berprestij termasuklah sijil ISO 9001:2000 dari Lloyd's Register Quality Assurance, Anugerah Naib Canselor bagi anugerah kualiti keseluruhan tahun 2000, Anugerah Kualiti Pentadbiran Akademik tahun 2001 dan Khidmat Pelanggan dan Unit Kualiti Terbaik tahun 2003. Pada tahun 2003 juga, kampus ini sekali lagi memenangi Anugerah Naib Canselor bagi anugerah kualiti keseluruhan dan sejak itu, UiTM Sarawak telah mengekalkan kemenangannya selama 3 tahun berturut-turut bermula dari tahun 2003 sehingga 2005.