Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) - 31 Oktober 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR (PUSTAKAWAN), GRED N41

Syarat-syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM2,080.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM2,283.43).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


2. JURUTERA, GRED J41

Syarat-syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM2,529.00).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Skim Perkhidmatan:

Semua pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam adalah dikehendaki mengemukakan permohonan mereka secara online melalui sistem e- recruitment.(http://erecruitment.sarawak.gov.my) (link admin ada sediakan link di bawah)

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Oktober 2023 (Selasa)



Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)

Sejarah

Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah ditubuhkan berikutan penemuan rizab gas asli dan minyak yang banyak di luar pantai Bintulu. Pembangunan sumber asli ini membolehkan BDA menjadi badan utama bukan sahaja menyelaras projek-projek pembangunan tetapi juga boleh melaksanakan projek-projek sendiri. Oleh itu, pada 8 Julai 1978, BDA telah ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi tersebut.

Di bawah Ordinan Lembaga kemajuan Bintulu(BDA) 1978, BDA ditubuhkan sebagai agensi kerajaan untuk menjaga perancangan fizikal dan pembangunan di Bintulu, Sarawak. Kawasan persempadanan BDA meliputi keseluruhan bahagia Bintulu seluas 12,515 sq. kmtermasuk 5 km di luar pantaui Bintulu. ia terdiri dari dua daerah iaitu : Bintulu dan Tatau.

Post a Comment