Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) - 27 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)


Jawatan:

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41
Gaji Minimum : RM 2,418.00 - Gaji Maksimum : RM 9,607.00

a) Jawatan: Pegawai Undang-Undang Gred L41 (kontrak)
b) Jabatan: Dewan Bandaraya Kuching Utara
c) Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan Dan Profesional
d) Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Perundangan Dan Kehakiman
e) Bahagian Yang Memerlukan: Bahagian Hal -Ehwal Undang-Undang


Skop Tugas Utama:

a) Mengendalikan kes-kes litigasi dan pendakwaan Dewan Bandaraya Kuching Utara

b) Menyediakan surat cara dan dokumen perundangan

c) Memberi nasihat undang-undang

d) Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan.

e) Mendraf undang-undang


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 23 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) (i) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L41; RM2,418.00) ; atau

(ii) Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination);
(Gaji permulaan ialah pada Gred L41; RM2,418.00)

d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat-syarat tambahan dan keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kelayakan seperti berikut :-

e) Mempunyai Practising Certificate.

f) Berpengalaman kerja selama lima (5) tahun ke atas;

g) Berpengalaman dalam bidang litigasi dan conveyancing;

h) Berpengalaman dan mengendalikan kes-kes perbicaraan;

i) Mempunyai kemahiran dalam membuat rundingan; dan

j) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran komputer dan applikasi internet.


Cara Memohon:

Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat tersebut, adalah dipelawa untuk menghantar permohonan dengan menulis surat besertakan ‘resume’ yang mengandungi butir-butir peribadi termasuk nombor telefon peribadi yang mempunyai aplikasi whatapps, kelayakan akademik, pengalaman kerja beserta sijil-sijil yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada:-

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Dewan Bandaraya Kuching Utara
Tingkat 3, Bangunan DBKU
Bukit Siol, Jalan Semariang
Petra Jaya, 93050 Kuching

Pemohon di kalangan kakitangan kerajaan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan perkara berikut:-

a) Laporan Sulit

b) Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun terakhir

c) Salinan Kenyataan Perkhidmatan


Tarikh Tutup Permohonan : 27 Oktober 2023 (Jumaat)




Jawatan Kosong 2023 di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Latar Belakang

Dewan Bandaraya Kuching Utara atau nama rasminya, The Commission of Kuching North City Hall (Melayu: Suruhanjaya Dewan Bandaraya Kuching Utara, ringkasan DBKU) merupakan salah satu daripada dua pihak berkuasa yang mentadbir bandar raya Kuching. Kuching telah dinaikkan ke taraf bandar raya pada 1 Ogos 1988 dan merupakan bandar raya yang ketiga dari segi turutan di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Ipoh.