Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - 2 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


Jawatan:

1. PEGAWAI KHAS GRED DQ41

Jadual Gaji:
Minimum RM2,524.00
Maksimum RM9,768.00
Kenaikan gaji tahunan RM225.00

Elaun:
(i)   Keraian RM300.00
(ii)  Perumahan  RM300.00
(iii) Bantuan Sara Hidup  RM300.00


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 25 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan;

(b) Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dengan pengkhususan dalam bidang pengurusan pejabat/ perniagaan/ yang bersesuaian yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya;

(c) Mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya

(d) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja yang sewajarnya, kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris, dan kemahiran menggunakan komputer, dan;

(e) Mempunyai dua (2) tahun pengalaman dalam   bidang berkaitan.


Antara Bidang Tugas & Tanggungjawab Utama:

(a) Membantu mengurus semua urusan berkaitan tugasan Pengerusi yang melibatkan kunjungan hormat, lawatan rasmi, projek-projek khas, kerjasama strategik, penerbitan, persidangan/seminar serta mesyuarat dalam dan luar negara;

(b) Menjalankan tugas sebagai pegawai perantara (liason officer) di antara Pengerusi dengan kedutaan, kementerian/agensi/badan kerajaan yang berkaitan dengan IKIM;

(c) Membantu menyelaras, memantau komunikasi dan perbincangan mengenai projek IKIM dengan pihak luar;

(d) Membantu Pengerusi menyediakan ucapan yang melibatkan kementerian/agensi/badan berkanun dan yang seumpamanya;

(e) Membantu membuat rujukan dari pelbagai sumber untuk menghasilkan kertas-kertas kerja dan lain-lain penulisan;

(f) Membantu Pengerusi menjalankan sesuatu tugasan apabila diminta berbuat demikian di antaranya mengumpul data untuk penulisan dan laporan;

(g) Menyediakan teks ucapan/slaid pembentangan/kertas seminar/kertas-kertas yang berkenaan dengannya dalam tema dan bidang tertentu;

(h) Menyelaras seminar/forum/syarahan umum dan aktiviti lain yang melibatkan Pengerusi;

(i) Membantu menyediakan bahan/kandungan ceramah/media appearence anjuran IKIM atau agensi luar;

(j) Membantu menyediakan sumber rujukan bagi penulisan artikel/akhbar untuk Pengerusi; dan

(k) Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa.


Jawatan Kosong 2022 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


Cara Permohonan:

(a)  Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan, keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)2,
Langgak TunkuOff Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Modal Insan)
Tel: 03-62046374 

(b) Salinan  sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu.

(c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat.

(d) Permohonan hendaklah sampai ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 2 November 2023 jam 4.30 petang.

(e) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses.


3.0 Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon dianggap GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.


Tarikh Tutup Permohonan : 02 November 2023 (Sabtu) jam 4.30 petang.


* Sila baca terlebih dahulu iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini




Latar Belakang

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan. Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.