Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Perancang Bandar Dan Desa (PLANMalaysia) - 30 Oktober 2023 [39 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Jabatan Perancang Bandar Dan Desa (PLANMalaysia) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perancang Bandar Dan Desa (PLANMalaysia)


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SIJIL POLITEKNIK/DIPLOMA

1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29 - 39 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,549.00
Gaji Maksimum : RM5,701.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. i. Sijil dalam bidang perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau

ii. Diploma dalam bidang perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

Menyediakan maklumat dan pelan yang berkaitan untuk kegunaan perancangan dan koordinasi pembangunan infrastruktur dan utiliti serta pengangkutan/sistem trafik di kawasan perbandaran.

Memberikan ulasan teknikal bagi permohonan kebenaran merancang pendirian bangunan, pindaan pendirian bangunan, kemudahan infrastruktur dan utiliti bagi kawasan perbandaran.

Menyediakan pelan dan laporan lawatan tapak bagi permohonan membina struktur menara telekomunikasi dan permohonan cadangan untuk memasang struktur telekomunikasi atas bangunan oleh pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan menyediakan pelan bagi pegawai kawasan.

Bertanggungjawab terhadap penyelarasan bajet berhubung dengan pengurusan projek, promosi pemasaran hartanah, pembangunan dan bajet mengurus. Pembangunan pangkalan data GIS untuk data-data perancangan serta pengumpulan maklumat-maklumat kemajuan perancangan dan pembangunan bandar.


Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 30 Oktober 2023 (Isnin)




Jawatan Kosong di Jabatan Perancang Bandar Dan Desa (PLANMalaysia)

Sejarah:

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa atau dikenali dengan nama PLANMalaysia merupakan salah satu Jabatan di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). PLANMalaysia adalah peneraju perancangan bandar dan desa di Malaysia bagi meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara menjelang 2030.

Jabatan ini memberi khidmat nasihat perancangan bagi kawasan bandar dan desa serta membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan rancangan pemajuan di semua peringkat tempatan.