Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka - 25 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka


Jawatan Akademik:

1. PROFESOR VK7
RM 7,676.00 - RM 20,592.00

2. PROFESOR MADYA DM53
RM 6,162.00 - RM 13,235.00

3. PENSYARAH KANAN DM51
RM 5,855.00 - RM 12,445.00

4. PENSYARAH DM45
RM 3,070.00 - RM 11,095.00


Jawatan Pentadbiran:

1. PEMBANTU PUSTAKAWAN S19
RM 1,352.00 - RM 4,003.00

2. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
RM 1,205.00 - RM 2,939.00


Perhatian Kepada Pemohon:

1. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah
DISAHKAN :

• Kad Pengenalan
• Sijil Kelahiran Calon, Ibu & Bapa
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik
• Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji
• Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/ Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat) dan Laporan Prestasi Tahunan

2. Borang / dokumen yang tidak lengkap, tidak jelas dan kabur tidak akan diproses.

3. Hanya pemohon – pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

4. Pemohon – pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup
iklan adalah dianggap tidak berjaya.


Permohonan:

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan UiTM yang boleh diperolehi dengan
melayari laman sesawang UiTM Cawangan Melaka di https://melaka.uitm.edu.my/index.php/en/discoverus/campuses (admin ada sediakan link muatturun borang di bawah)


Sila kemukakan BORANG PERMOHONAN ASAL (melalui pos) kepada :

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
PEJABAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN
MELAKA
KM 26 JALAN LENDU
78000 ALOR GAJAH
MELAKA
NO.TEL : 06-5582438 /06-5582321 / 06-5582014


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 25 Oktober 2023 (Rabu).






Jawatan Kosong 2022 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka

Sejarah UiTM Melaka

UiTM Melaka bermula pada Ogos 1984 di bangunan sementara di Institut Kemahiran MARA (IKM) di Jalan Hang Tuah. Pada permulaan jumlah hanya 32 orang kakitangan sokongan dan 5 orang Pensyarah. Jumlah pelajar pertama ketika itu seramai 158 orang sahaja dan kursus yang ditawarkan adalah Diploma Pentadbiran Awam (DPA), Diploma Pengajian Perniagaan (DBS), Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Sains Kesetiausahaan (DSS).

Januari 1994 mula berpindah ke Kampus tetap di Lendu, Alor Gajah. Keluasan Kampus 358.2 ekar dan 26 Km dari Bandar Melaka. Pada 2 Mei 1996 Kampus UiTM Melaka (ITM Melaka ketika itu) telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Mahathir Mohamad. Tanggal 26 Ogos 1999, Perdana Menteri Malaysia telah mengistiharkan ITM dinaikan taraf kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Dari 1984 sehingga kini UiTM Melaka telah diterajui oleh 7 orang Pengarah. UiTM Melaka berkembang pesat dengan pertambahan pelajar melepasi 6,500 orang. Dibantu dengan 283 kakitangan sokongan dan 460 orang pensyarah. Sebahagian daripada pensyarah-pensyarah ini mengajar di kedua-dua kampus.